Tuesday, April 26, 2011

FELDA senarai perniagaan gula di Bursa

Baru-baru ini saya terbaca laporan beberapa buah akhbar bahawa FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd akan menyenaraikan semua perniagaan gulanya di Bursa Malaysia.

Dengarnya FELDA Global akan menyusun semula empat aset gulanya iaitu Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd (KGFP) dan Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd (MSM) serta dua anak syarikat, MSM Properties Sdn Bhd dan Astakonas Sdn Bhd, di bawah MSM Holdings. 

Difahamkan draf prospektus bagi tawaran awam permulaan (IPO) MSM Holdings sempena penyenaraian itu sudah dikemukakan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk kelulusan.

Walaupun harga IPO setakat ini masih belum dimuktamadkan, tetapi berdasarkan sasaran pengumpulan modal antara RM800 juta hingga RM900 juta dan tawaran jualan sehingga 234.56 juta saham, anggaran awal harganya adalah antara RM3.50 hingga RM3.80 seunit. 

Sumber industri mengatakan IPO itu akan menawarkan jualan sehingga 234.56 juta saham biasa MSM Holdings bernilai 50 sen sesaham iaitu kira-kira 33 peratus daripada modal terbitan dan berbayar syarikat itu yang diperbesarkan iaitu 702.98 juta saham. 

Dengarnya FELDA Global sudah melantik CIMB Investment Bank Bhd sebagai Penasihat Prinsipal dan Pengatur Tunggal Global bagi IPO itu. 

Penganalisis meramalkan penyenaraian MSM Holdings itu akan meningkatkan kedudukan FELDA sebagai peneraju dalam industri gula. Syabas FELDA!


No comments:

Post a Comment