Thursday, March 17, 2011

Daripada 18 kes, 12 selesai dan Felda kalah 1 saja


Daripada 18 kes saman yang membabitkan Felda sehingga hari ini, 12 telah diselsaikan dan Felda hanya kalah satu, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Mazlan.

Ahmad berkata demikian dalam jawapan bertulis kepda Ahli Parlimen Tumpat (PAS), Kamaruddin Jaafar di parlimen baru-baru ini. Katanya, enam lagi kes masih dalam proses perbicaraan.

Katanya kes yang tidak memihak kepada Feld itu membabitkan babitkan tuntutan peneroka Felda Kemahang 3 di Tanah Merah, Kelantan. Felda kalahpun disebabkan masalah teknikal kerana peguambela Felda tidak hadir pada hari perbicaraan.


Kata Ahmad Maslan,  kes Felda Kemahang 3 berhubung tuntutan penggredan jualan sawit berjumlah RM11.3 juta telah dilunaskan kepada peneroka yang terbabit.

Turut dibangkitkan oleh pembangkang di parlimen baru-baru ini ialah isu perlantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menegaskan perlantikan Isa Samad itu tidak jejas pasaran saham.

Dalam jawapan bertulisnya,  Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, berkata: “Adalah tidak benar pelantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda akan menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham,”

Perdana Menteri berkata pelantikan Isa sebagai pengerusi Felda adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan rakyat.

"Pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran, politik dan pembangunan komuniti adalah menepati kriteria sebagai pengerusi Felda yang secara langsung terlibat dalam urusan pembangunan Felda dan urusan peneroka.”

Dalam jawapan bertulis itu, Najib turut menjelaskan, Indeks Komposit (IK) pada 30 Disember tahun lalu ditutup pada paras 1518.91 mata dan telah didagangkan dalam jajaran 50 mata pada suku tahun keempat. Pada awal Januari lalu pula, kata beliau, IK telah dibuka pada paras 1524.53 mata dan ditutup pada paras 1533.42 mata, meningkat 14.51 mata berbanding pada akhir Disember tahun lalu.

Najib juga menjelaskan pada masa ini tiada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham dan permintaan terhadap komoditi utama Felda iaitu keluaran sawit  terus kukuh dan berdaya saing di pasaran antarabangsa.

No comments:

Post a Comment