Kebelakangan ini banyak sangat golongan yang mempunyai kepentingan tersendiri mengutuk FELDA dari segala sudut. Segala yang dibuat FELDA salah belaka seolah-olah tidak ada kebaikan langsung.
Mereka langsung tidak mahu mendedahkan pencapaian dan perkara baik yang dibuat oleh FELDA, terutama Yayasan Felda.
Saya rasa terharu apabila mendapat tahu baru-baru ini Yayasan FELDA telah mengumumkan bahawa mereka akan membina sebuah rumah penjagaan warga tua di Sungai Klah, Perak.
Pengerusi Yayasan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor ketika mengumumkan demikian baru-baru ini berkata rumah berkenaan akan siap tahun hadapan.
Difahamkan rumah berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan canggih tetapi pada masa yang sama mengekalkan persekitaran kampung.
Rumah penjagaan ini dijangka memulakan operasi pada tahun ini dan akan menerima 15 warga emas yang pertama mendaftar.
Katanya rumah berkenaan akan dibina di kawasan yang sama Yayasan FELDA akan mendirikan Institut Hafazan Al-Quran.
Katanya lagi, fasa pertama pembinaan Institut berkenaan yang dibina bagi memenuhi keperluan masyarakat yang mahu mempelajari dan mendalami Al-Quran, sedang berjalan lancar.
Difahamkan untuk peringkat permulaan Yayasan hanya akan mengambil 20 orang penuntut daripada pelbagagi usaha dan ia tidak terhad kepada warga FELDA sahaja.
No comments:
Post a Comment