Sunday, January 30, 2011

Felda Tenang Tak Senang Dengan Pembangkang

Beruntung sungguh nampaknya keluarga peneroka-peneroka Felda ini. Perhatian demi perhatian diberikan oleh kerajaan kepada mereka. Terbaru Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabery Cheek dengan keprihatinan beliau telah meluangkan masa melawat belia-belia OKU di Felda Chempelak Barat.


Bukan satu, bukan dua, tapi lapan buah rumah beliau singgah untuk menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban mereka. Apa yang lebih menarik lagi, bantuan yang diberikan itu bukan hanya tertakluk kepada ahli Barisan Nasional sahaja, tapi rumah penyokong PAS turut disinggahi beliau. Jelas sikap professional telah ditonjolkan oleh ahli parlimen Kemaman itu. 

Melihatkan respon yang diterima oleh penduduk Felda Chempelak Barat, saya rasa kita sudah boleh tergelak berdekah-dekah di hadapan saudara Mazlan Aliman yang menjaja merata-rata tempat bahawasanya beliau telah berjaya ‘tackle’ orang-orang Felda.


Sempat juga saya mendapatkan sedikit pesanan daripada seorang pakcik Felda yang suruh saya ‘nasihatkan’ Mazlan Aliman. Demikian ‘nasihat’ beliau:

“Janganlah dikacau Felda ni. Kalau bukan kerana Felda, anak-anak pakcik tak dapat masuk universiti”

Mendengar ‘pesanan’ daripada pakcik itu mengingatkan kepada perbualan saya dengan seorang lagi ‘orang lama’ di Felda tersebut sewaktu mengikuti program sembang-sembang belia Felda bersama Datuk Seri Shabery petang semalam. 

Menurutnya sewaktu kawasan Felda itu mahu dibuka, maka sibuklah si pembangkang terutamanya PAS menjaja cerita bahawasanya projek yang dilaksanakan itu adalah satu lagi usaha kerajaan untuk kelentong rakyat. 

Tapi sekarang apabila melihat kemajuan yang sudah dikecapi oleh Felda, mereka yang beria-ia mahu ‘membela’ nasib orang Felda. ‘Orang lama’ itu turut mempersoalkan apa sumbangan yang pembangkang sudah lakukan untuk Felda yang boleh mendorong mereka menyokong pembangkang. “Mereka itu kaki putar-belit”, kata ‘orang lama’ itu.

Berdasarkan kepada beberapa siri program di Felda yang sempat saya ikuti, apa yang saya boleh simpulkan di sini adalah Mazlan Aliman boleh simpan ajelah cita-cita untuk menjadi pejuang Felda. Orang Felda tidak akan tertipu dengan idea propagandis awak. Jangan asyik nak buang boreh jo Mazlan Aliman oi.

No comments:

Post a Comment