Tuesday, July 31, 2012

Kedaulatan Negara Di Lacur

gambar hiasan :P
Ini bukan perkara baru, dari sebelum meletusnya era gelombang internet di Malaysia lagi sudah timbul cerita halus mengenai pembelot dan pengkhianat yang menjual rahsia negara kepada luar. 

Jual rahsia negara bukan mcm jual gula-gula dapat sekupang dua. Harga khianat juta-juta tu. Yang pasti bukan rupiah lah kawan.


Tapi selepas era internet semakin pesat, pelbagai medium capaian maklumat tersedia di hujung jari. Hanya dengan ketukan jari jemari, segala info boleh diterima dan disampaikan dengan pantas. 


Kemajuan internet yang disediakan oleh kerajaanlah dimanfaatkan sebaiknya oleh pembangkang sehingga menang besar - tsunami politik 2008. Kalau tak ada internet, rasa orang M'sia ni sibuk lagi hantar surat layanglah macam biasa dulu-dulu. Leh baca kisah surat layang SINI.

Dalam peningkatan perkhidmatan internet ini, meningkatkan juga aktiviti pelacuran kedaulatan Malaysia. 

Kalau dulu menjual rahsia. 

Kini semakin jelas ada dikalangan pembangkang yang bertindak melampau sanggup melacurkan kedaulatan negara. 

Matlamat untuk menjatuhkan kerajaan dengan membawa masuk anasir-anasir tentera berkudis asing untuk campur tangan bagi menghuru-harakan negara.


Tak perlu kita singkap jauh kebelakang. Kita boleh lihat beberapa isu yang telah berlaku atau 'akan' berlaku dalam negara nanti.

Seperti demo Bersih: dari sebelum siri demo pertama sudah ada ura-ura campur tangan luar. Bila sampai demo ketiga, tiada selindung lagi apabila beberapa Diplomat dari Singapura terlibat sama dalam perhimpunan kuning tersebut. Baca SINI. 


Kerajaan Singapura cakap, 3 ekor diplomat bahlol tu join adalah pandangan peribadi? Siapa lu mau tipu lah! Lu punya olang..lu kasi jaga lah..kasi sekolah. tak ada reti hormat ka masuk rumah orang. 


Lagi info campur tangan luar dalam demo Bersih boleh tengok sendiri SINI beb. Nilah "tentera kudis" yang dorang gaul-gaul dalam periuk nasi rakyat..Uwekkk!

Gerakan anti-lynas: Ini lagi satu gerakan syok sendiri bukan satu perhimpunan suara majoriti pun, kerana yang turun berhimpun penuh dengan bangsa cina. Lebih menghairankan yang berdemo secara besar-besaran di Kuantan adalah orang luar!! Wat da neraka!

Ini menunjukkan rakyat Kuantan semua sudah memahami dan sudah boleh menerima Lynas, siap ada hantar resume nak minta kerja lagi. Aper cerita? Lu orang luar jangan masuk campur!

Paling lawak! siap buat undi ala-ala pilhanraya. Keputusan undi menyatakan majoriti 30ribu menyuarakan bantahan tidak mahu Lynas?! Ini dikatakan suara majoriti? 30 ribu angka yang amat kerdil kerana jumlah tersebut tak sampai 1 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 28 juta. 1 peratus = 280,000 org. Pss..lagi sekali yang ramai mengundi ni orang cina beb..apa kes?


Hairan rakyat jelata..Mana dasar demokrasilah yang dorang pakai mengatakan ia suara majoriti?


Apa yang boleh kita lihat istilah demo-krasi adalah mereka mengamalkan "Demo" sahaja di negara ini. Yang "..krasi" sudah di "Bersih" kan dengan ideologi minda kuning mereka.

Psst..dengarnya ada beberapa organisasi luar telah menaja hebat gerakan anti-lynas ni? Ada kata dari China, ada kata dari Taiwan, Ada jugak kata Singapura?  Skarang gerakan dorang nak buat hal kat Johor pulak lepas ni. Pasal ni, nanti aku dedahkan.

Ramai dah tahu movement sampah dorang ni wei! dapat duit luar lepas tu buat kecoh. Perut kenyang dengan duit khianat negara. Bagus ker macam tu. 


Perlu diingatkan yang menaja pasti ada kepentingan peribadi. Mana boleh salam kosong jer brader. Cuba tengok SINI braper duit dapat. Fuyoohh! 


Modus operadi dorang dah "sampah"..yang rakyat pulak "dibakul sampahkan". 


Lagi satu samdol gerakan Suaram: nak panggil gerakan ke apa ntah. sebab nama bukan berdaftar sebagai NGO tapi syarikat. Baca SINI.
Isu yang dorang main sebat, pasal kapal selam Scorpene. katanya ada rasuah kaitan dengan PM Najib. Siap sebut nama PM ada dalam laporan polis Peranchis. Sekali laporan tu dorang sendiri hantar kat polis. Kalau sendiri hantar, sendirilah kasi masuk nama Najib. Mana ada "carry weight" atau sebarang sokongan diatas laporan macam tu. Lagi satu sampah punya MO. 


Main wayang buat jamuan makan malam. kononnya untuk buat kutipan untuk bantu jentera mereka percepatkan proses isu kapal selam ni ke Mahkamah Peranchis. Tak ada cerita! Bikin Cerita.. Last-last sendiri gigit jari. 


Sebelum ni mereka sibuk untuk menanam karier Najib dengan mengaitkan Rosmah tentang kematian Altantuya. Sekarang orang yang mula-mula sekali mendedahkan isu ini Raja Petra mengaku bahawa perkara tersebut tidak betul.


YB Zul, Ahli Parlimen Kulim juga mengatakan semasa dalam pakatan tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan Rosmah dan Najib mengenai Altantuya.


Akan datang satu M.O pakatan tentera kudis akan muncul untuk mengagalkan usaha memajukan kawasan Johor. Lagi sekali pembangkang melibatkan campur tangan luar! Konon gerakan gabungan pelbagai NGO tapi hakikatnya...................


pelan-pelan dedah beb. tunggu!!!


Apa yang pasti pembangkang hilang punca untuk bertempur dengan kekuatan sendiri sehingga sanggup melacurkan kedaulatan negara bagi mencapai matlamat mereka. 

Thursday, July 26, 2012

Political Game..Over!

Terlalu banyak maklumat di terima sejak beberapa bulan ni..dalam kesibukan mentafsir dan menapis maklumat.. Masuk pula info baru yang menambahkan pening kepala minda terbuka perisik..

Maklumat pada awalnya meyakinkan untuk didedahkan..tapi terbantut selepas menerima maklumat tambahan lain..

Kerana pendedahan dan jawab balas yang diterima pusing-pusing, separuh-separuh serta terlalu teknikal sehingga terpaksa melakukan beberapa kajian tambahan bagi memahami keadaan sebenar.

Setelah dikaji lebih dalam..terjumpa pula banyak titik perkaitan satu sama lain diantara gomen dan pembangkang..hampeh betul

Orang kata..inilah "political game"..

Kelemahan dan kesamdolan dikedua-dua belah pihak sememangnya wujud..

Mana satu yang betul?

Sebaik-baiknya jangan menjadi minda pro kepada mana-mana parti..

Kerana jika diperhatikan mereka yang pro ini tidak mengakui kesilapan apabila  parti dokongan mereka terkhilaf..lebih teruk apabila ditegur, dipertahannya habis-habisan walhal perkara tersebut jelas dengan bukti kukuh..

Ditambah pula dengan permainan tunding menunding mengatakan siapa lebih teruk dan siapa lebih dulu bersalah

Ada kata ini satu persaingan sihat. persoalannya bagaimana mereka mendefinisikan persaingan sihat dalam "political game"? 

Kerana jawapan sebenarnya, persaingan sihat tidak wujud dalam politik..

Anda sudah pun melihat sendiri bagaimana political game ini mencipta fitnah, membunuh karier, memaki hamun, beremosi, korup dan skandal. adakah ini dikatakan sihat?

PRU13 semakin hampir..kita akan lihat puak mana yang akan Game Over..dalam political game ini.

..perisik kembali




Friday, June 1, 2012

Tawaran IPO FGVH Kedua Terbesar Dunia

felda4xx
Semalam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan tawaran awam permulaan IPO Felda Global Ventures Global Holdings (FGVH) yang merupakan kedua terbesar dunia selepas gergasi internet FACEBOOK. (BACA SINI)

Memang para peneroka telah menjangkakannya kerana perkembangan positif Felda selama ini yang terus menerus menjana keuntungan kepada peneroka dan negara. 

Hasil kerjasama mantap diantara kerajaan dan peneroka akhirnya telah berjaya menjadikan organisasi Felda ni sebagai lubuk emas negara telah membuatkan pembangkang bertambah beku minda untuk menyerang kredebiliti Felda di bawah pimpinan Najib.

Sumber pendapatan berbillion ringgit telah berjaya dijana dengan konsisten oleh Felda sehingga mampu untuk memberi pelbagai bonus dan insentif kepada para penerokanya saban tahun. 

Para peneroka diingatkan tidak lena dengan keselesaan sekarang kerana apa yang penting adalah untuk meneruskan momentum meningkatkan lagi kemampuan Felda di masa-masa akan datang demi negara dan anak cucu kita.


Monday, February 13, 2012

Whitney Houston Meninggal Dunia

<p class='caption'>In this photo provided by the Las Vegas News Bureau, <a href="/topics/Whitney_Houston">Whitney Houston</a> performs during the <a href="/topics/Billboard">Billboard</a> Awards at the MGM Grand in Las Vegas on Dec. 7, 1998.  Often referred to as the <a href="/topics/Queen_%28band%29">Queen</a> of Pop music at her best, Houston ex-wife of singer Bobby Brown, died Saturday, Feb. 11, 2012 at the age of 48. (AP Photo/Las Vegas News Bureau)</p><p class='credit'>Photo Credit: AP | February 12, 2012</p>
Whitney 1963-2012

Penyanyi Whitney Houston yang sepatutnya hadir ke Anugerah Grammy telah di jumpai mati pada hari Sabtu di Hotel Beverly Hilton, Baverly Hills. 

Sudah ada ura-ura yang mengatakan kematiannya ada kaitan dengan dadah. Ada juga yang mengatakan sebaliknya. 

Bagi rakan-rakan rapat, mereka berpendapat Whitney mengalami kekecewaan dan kemurungan kritikal sehingga menjejaskan perlakuan beliau. Ditambah pula dengan masalah rumah tangga yang didirikan bersama penyanyi Bobby Brown.

Pihak berkuasa tempatan masih menyiasat punca kematian sebenar.

Sumber: http://www.washingtonpost.com/local/obituaries/whitney-houston-dead-at-48-042/2012/02/11/gIQAI2kJ7Q_video.html

http://www.huffingtonpost.com/barry-michael-cooper/whitney-houston_b_1271188.html

Thursday, January 26, 2012

Transformasi Status Syarikat Felda Global Ventures


Transformasi yang dinanti-nantikan oleh para peneroka ini akhirnya terlaksana dalam Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH).

Kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 18 Januari telah merubah status FGVH kepada sebuah syarikat Berhad. Mulai dari saat ini, syarikat terbabit akan lebih dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad. 

Perubahan status ini adalah merupakan proses awal persediaan tawaran awam awal IPO syarikat itu menjelang Jun nanti.

Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad berkata barisan penasihatnya kini berada dalam peringkat akhir menyediakan butiran penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia.



Masyarakat Felda sambut baik slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’

Slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ yang diperkenalkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendapat sambutan yang positif daripada masyarakat Felda di sini.

Yang Dipertua ISMA Cawangan Kuantan, Ustaz Rushdan Abdul Halim menegaskan bahawa slogan tersebut merupakan jalan penyelesaian yang praktikal kepada kemelut permasalahan jatidiri yang melanda umat Islam di tanahair kini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ sempena program Kafilah Dakwah di Masjid Felda Jengka 9 di sini semalam.

Program ini dianjurkan bersama Biro Pendidikan Jengka 9, Badan Agama Jengka 9 dan ISMA Cawangan Temerloh.

Menurut Ustaz Rushdan, fokus ISMA dalam program Kafilah Dakwah ini untuk membina jatidiri Melayu Muslim melalui penghayatan Islam secara menyeluruh dalam masyarakat.

Masyarakat Felda menjadi sasaran kerana mereka adalah masyarakat Melayu Muslim sepenuhnya, tambahnya.

“Program ini juga bertujuan untuk menyatupadukan dan membentuk kesepakatan di kalangan orang Melayu dalam menjayakan aspirasi Islam di Malaysia walaupun berbeza pandangan dan latar belakang,” ujar Ustaz Rushdan.

Menurut beliau, ISMA akan ‘turun padang’ bagi mendekati masyarakat khususnya masyarakat Felda dan memupuk penghayatan agama secara menyeluruh untuk membina umat yang bertamadun.

“Melihat masalah sosial yang berlaku terutama di dalam masyarakat Felda, timbul kesedaran ISMA di Pahang untuk memberi sumbangan kepada menyelesaikan masalah ini dengan menyedarkan masyarakat perlunya kembali kepada penghayatan Islam secara menyeluruh dan kepentingan perpaduan serta persepakatan,” kata Ustaz Rushdan.

Beliau turut menyatakan bahawa masyarakat Felda adalah unik kerana terbentuk hasil persepakatan politik di antara Tun Abdul Razak dan Dato’ Asri Muda pada zaman 70-an dahulu.

Program Kafilah Dakwah ini akan menjelajah ke semua Felda di negeri Pahang.

Sumber:- http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/masyarakat-felda-sambut-baik-slogan-%E2%80%98melayu-sepakat-islam-berdaulat%E2%80%99/

Tuesday, January 24, 2012

Tun Mahathir Paling Berpengaruh!

Walaupun mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah lebih 8 tahun tidak aktif berpolitik. 

Namun pengaruh beliau tidak dapat disangkal apabila mempunyai lebih 1.5 juta pengikut dari seluruh dunia dan Malaysia khususnya.

Datuk Seri Najib pula berada di tangga kedua dengan jumlah menghampiri 1 juta pengikut.

Angka ini menjadi bukti apabila jumlah pengikut semakin bertambah dari hari ke hari yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur terutamanya dari golongan belia Malaysia.

Juak-juak pembangkang terkinja mencanangkan yang kononnya pengaruh Najib semakin hilang sebagai Perdana Menteri. 

Sedangkan insan yang mereka gelar sebagai "ulul azmi", "imam mahdi" dan "nabi" hanya dengan jumlah kurang dari 350 ribu pengikut di kedudukan ke-5 dibelakang Tuan Guru Nik Aziz dan Haron Din



Perisik - PAS dilihat lebih berpengaruh tapi masih nak ikut belakang DAP dan PKR.

Orang Malaysia Terkaya Dunia Dengan Aset 20 Trilion!!


Memang dahsyat giler pengakuan seorang warga Malaysia kelahiran Tanjung Malim yang mengakui memiliki sejumlah aset bernilai RM20 Trilion!

Kamal Ashnawi mendakwa memiliki aset sebanyak itu dengan mengemukakan salinan bank HSBC di London.

Dah mengaku trillionaire. mengaku juga keturunan diraja dari Indonesia!?

Sumber kekayaan yang dimilikinya dikatakan berasal dari warisan diraja menerusi akaun Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat oleh keluarga diraja dunia pada 1875.

Beliau merupakan presiden dan CEO syarikat minyak Sierra Petroleum yang mempunyai jumlah perlaburan ber'trilion' dolar US. 

Nak baca lebih lanjut tentang senarai syarikat Sierra ni, boleh baca di jurnalmalaysia.com

perisik - RM20 trilion! Mengarut gilerr! 

Saturday, January 21, 2012

Lima Kepala Babi Di Pintu Masuk Masjid Di Johor!!

Masjid Al Falahiah
Seorang penjaga masjid menemui satu bungkusan yang mengandungi lima kepala babi di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pada pukul 6.30 pagi tadi.

Terdapat tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang turut ditemui berhampiran kawasan masjid tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis telah menubuhkan pasukan yang diketuai timbalannya Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian  tersebut.

Mokhtar Shariff
Mokhtar turut mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.

Pada pukul 5.30 petang semalam, dua bungkusan yang disyaki tulang turut ditemui.

Pengerusi masjid, Kassim Darim berkata dalam kejadian petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik yang dipercayai mengandungi sisa babi berhampiran pagar belakang masjid.


Kassim memberitahu ini merupakan kejadian pertama berlaku di kawasan masjid berkenaan. Ekoran dari itu satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, 100 orang, termasuk badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Friday, January 20, 2012

FGVH Terokai Industri Hiliran


Sabri Ahmad

Presiden dan Ketua Eksekutif Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad memberi penekanan untuk mengembangkan model perniagaan sedia ada kepada industri hiliran.

Buat masa ini model perniagaan FGVH banyak bergantung kepada pergerakan harga komoditi minyak sawit mentah (MSM) yang turun naik.

Arah tuju FGVH ini dilihat bertepatan dimana dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran global MSM semata-mata. 

Industri hiliran ini adalah untuk menggalakkan pemprosesan bahan mentah dari Malaysia sendiri kepada produk pengguna akhir yang boleh memberikan keuntungan berlipat kali ganda.

Konsep ini telah digunapakai di Malaysia sebelum ini tapi kini akan dirancakkan  dalam model perniagaan FGVH. 

Contohnya bijih timah yang merupakan hasil bumi terbesar Tanah Melayu suatu ketika dulu hanya mampu kita ubah kepada bentuk jongkong dan dieskport ke negara barat.

Jongkong bijih timah tersebutlah yang digunakan oleh industri hiliran di barat untuk diproses dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan beberapa produk akhir seperti tin, kabel, jentera dan kereta. 

Produk ini pula di hantar semula kepada kita dan akhirnya negara barat dan eropah lah yang menerima keuntungan besar dari hasil bumi kita.

Sebab itu Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ingin Malaysia menjadi negara industri yang jelas lebih banyak membawa keuntungan kepada negara. 

Kini langkah serupa diambil oleh FVGH dengan tujuan mengembangkan produk asas MSM Felda kepada beberapa produk akhir yang lebih menguntungkan. Antara yang berpotensi untuk dimajukan adalah penghasilah Bio-Diesel. 

Penghasilah Bio-Diesel ini adalah bersesuaian kerana mampu menjadi sumber bahan api alternatif bagi menggantikan petrol yang merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui.

Untuk merealisasikan perancangan ini, FVGH masih dalam proses menyaring  bakal rakan kongsi yang mempunyai kapasiti untuk membawa masuk teknologi dan rangkaian pemasaran terbaik untuk Felda. 

Sudah kedengaran ura-ura beberapa nama besar dalam penghasilan produk pengguna akhir seperti syarikat Archer Daniel Midlands (ADM) dan Bunge Limited disenaraikan. Keputusan belum dimuktamadkan lagi.

Dua syarikat gergasi dari Amerika ini sememangnya terkenal dalam memproses bahan mentah asas (jagung, gandum, minyak sayur dll) kepada produk makanan, bahan api alternatif, bahan kimia, baja dan lain-lain produk yang mempunyai pasaran luas global.

Strategi ini bukan sahaja dapat menjamin kestabilan FGVH di masa hadapan malah dapat meningkatkan nilai pasaran saham apabila disenaraikan di bursa saham nanti.

Secara totalnya, semua ini bakal meningkatkan pendapatan para peneroka yang merupakan pemegang saham terbesar dalam FGVH.