Thursday, July 26, 2012

Political Game..Over!

Terlalu banyak maklumat di terima sejak beberapa bulan ni..dalam kesibukan mentafsir dan menapis maklumat.. Masuk pula info baru yang menambahkan pening kepala minda terbuka perisik..

Maklumat pada awalnya meyakinkan untuk didedahkan..tapi terbantut selepas menerima maklumat tambahan lain..

Kerana pendedahan dan jawab balas yang diterima pusing-pusing, separuh-separuh serta terlalu teknikal sehingga terpaksa melakukan beberapa kajian tambahan bagi memahami keadaan sebenar.

Setelah dikaji lebih dalam..terjumpa pula banyak titik perkaitan satu sama lain diantara gomen dan pembangkang..hampeh betul

Orang kata..inilah "political game"..

Kelemahan dan kesamdolan dikedua-dua belah pihak sememangnya wujud..

Mana satu yang betul?

Sebaik-baiknya jangan menjadi minda pro kepada mana-mana parti..

Kerana jika diperhatikan mereka yang pro ini tidak mengakui kesilapan apabila  parti dokongan mereka terkhilaf..lebih teruk apabila ditegur, dipertahannya habis-habisan walhal perkara tersebut jelas dengan bukti kukuh..

Ditambah pula dengan permainan tunding menunding mengatakan siapa lebih teruk dan siapa lebih dulu bersalah

Ada kata ini satu persaingan sihat. persoalannya bagaimana mereka mendefinisikan persaingan sihat dalam "political game"? 

Kerana jawapan sebenarnya, persaingan sihat tidak wujud dalam politik..

Anda sudah pun melihat sendiri bagaimana political game ini mencipta fitnah, membunuh karier, memaki hamun, beremosi, korup dan skandal. adakah ini dikatakan sihat?

PRU13 semakin hampir..kita akan lihat puak mana yang akan Game Over..dalam political game ini.

..perisik kembali




No comments:

Post a Comment