Dalam keadaan saat akhir begini pun. Beliau galak melakukan ceramah jelajah dengan trak ke setiap kawasan-kawasan pekan dan felda bagi menyebarkan fitnah. Macam biasa, ceramah beliau gagal menarik penduduk setempat datang mendengar. Kedengaran sayu tepukan tak semegah dari 20-30 penyokong dan pegawai petugas jelajah itu sendiri.
Antara intipati ceramah adalah memburukkan MARA dan FELDA. Jadi tidak hairanlah mengapa lokasi ceramah sedemikian diaturkan. Kerana sasaran mereka adalah warga melayu dan warga peneroka Felda.
Namun seperti dinyatakan kehadiran pengunjung tidak mampu dibanggakan oleh macai pakatun. Jika tidak, sudah tentu berita kemeriahan ceramah ini digembar gemburkan di dalam media sosial. Ramai juga dikalangan penyokong kerajaan mendesak supaya Rafizi disaman. Tan Sri Anuar Musa yang merupakan Ketua Penerangan UMNO sedia maklum perkembangan ceramah ini.
Bagi perisik tiada perlu meneruskan tindakan undang-undang. Kerana tindakan undang-undang sedia ada sudah cukup untuk menyimpan Rafizi lebih lama. Tambahan kes hanya memberi ruang kepada beliau untuk keluar penjara untuk ke mahkamah serta memberi kenyataan.
Jangan fikir kita chan lah pada Rafizi untuk terus melakukan jelajah fitnah saat akhir. Jentera kerajaan kena memainkan peranan mematahkan tohmahan yang dilemparkan. Kembalikan keyakinan dan perbetulkan kecelaruan informasi diterima oleh rakyat apabila ada mana-mana pemimpin pembangkang turun berceramah.
No comments:
Post a Comment