Bila sudah diperjelaskan bahawa RUU355 ini adalah bagi memperkasakan mahkamah syariah. Mereka menafikan juga dengan menuduh bahawa RUU355 ini adalah batu loncatan pada perlaksanaan hudud. Apa jua penjelasan yang diberikan, tidak dapat merubah matlamat mereka yang ingin merosakkan kedaulatan agama Islam sebagai agama persekutaan.
PKR pula dilihat angkat tangan tidak mahu terlibat dalam perbalahan ini kerana mereka sememangnya sudah faham rang undang-undang ini bukan hudud. Namun mereka gagal mendidik rakan sekutu untuk memahami asas RUU ini. Kesudahannya berlakulah insiden jerit-menjerit di dalam dewan rakyat.
Sebagai rakyat kita sepatutnya sudah nampak, tarikh pembentangan RUU355 ini sudah diketahui umum. Tiada rahsia. Jadi bila difikirkan, pihak Pakatan punyai banyak masa untuk membincangkan hala tuju bersama mengenai RUU355 ini. Tapi apa pilihan mereka di sini!
Kenapa DAP dan PAN sahaja yang terkinja-kinja menentang? Kenapa PKR diam? Begitu juga dengan PPBM?
Jelas tiada kesepakatan, tiada konsensus bersama dalam RUU355 ini. Kerana DAP tidak dapat lagi keluar dari kejijikan rasis, anti-Islam yang dimainkan mereka saban tahun. Dengan permainan jijik inilah, yang membawa kemenangan buat mereka pada PRU lepas.
Kaum Cina masih dimomokan yang kerajaan pusat kini bersat sebelah. Hanya bantu institusi Islam dan bumiputera. Tidak adil kepada bangsa dan agama lain di negara ini. Mereka cuba mendidik bangsa lain untuk menafikan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan.
Ramai pula rakyat yang tidak nampak dan terpedaya dengan wayang DAP melalui Pakatan cuba menonjolkan imej keadilan dan samarata. Hakikatnya perkara tersebut hanya nampak gah di atas kertas dan pentas sahaja.
Kita boleh jangka permainan rasis DAP ini tidal berakhir pada RUU355 sahaja. RUU ini hanyalah alasan bagi mencapai matlamat lebih besar parti chauvanis itu.
No comments:
Post a Comment