Friday, April 28, 2017

Annuar Musa Perinci Isu Tajaan Pada Jawatankuasa Audit Dalaman MARA


Isu The Red Warriors (TRW) yang didakwa menerima penjaan dari MARA bakal berakhir, hanya menunggu laporan siasatan audit sahaja. nampak sangat isu ini diputarbelit dengan jahat bagi mencalar imej Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Pengerusi MARA. Kini digantung tugas sehingga siasatan selesai.

Bila diperhatikan bukan isu TRW sahaja yang dijadikan perluru oleh penyerang hendap ini. Malah Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) juga turut dijadikan modal bagi memastikan momentum serangan berterusan terhadap Annuar.

Selasa lepas, Annuar tampil bagi memberi keterangan selama sejam di hadapan Jawatankuasa Audit Dalaman MARA yang dipengerusikan Profesor Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin. Turut hadi, dua Ahli Majlis MARA iaitu Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Datuk Ariss Shamsudin serta wakil Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kewangan.

Dalam keterangan, beliau menegaskan bahawa tidak terlibat dalam memberi arahan dalam rundingan antara pihak MARA dan TRW. Rundingan adalah inisiatif  MARA sendiri menerusi anak syarikat Pelaburan Mara Berhad (PMB). Maka tuduhan bahawa keputusan dibuat oleh Annuar Musa adalah tidak benar. Tuduhan menyebut Dana Pendidikan digunakan bagi menaja pasukan TRW juga adalah fitnah semata-mata.

Perlu dijelaskan bahawa pihak pengurusan TRW tidak menggunakan konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam mencari penajaan. sebaliknya menjadikan pasukan Kelantan TRW ini sebagai platform media untuk penjenamaan dan pemasaran produk. Sebab itu jersi TRW dilihat penuh dengan Iklan.

Umum tahu kos mengendali satu-satu pasukan bola sepak ini menelan belanja yang amat tinggi. Kos perbelanjaan bagi Liga Super Malaysia sahaja sudah mencecah RM18-20juta. Ini belum lagi kita kira kos pengurusan, pengangkutan, penginapan, perubatan, insurans dan lain-lain.


Peruntukan kerajaan pusat atau negeri pula adalah terhad dan hanya mampu menampung sebahagian kecil kos operasi pasukan. Maka pihak pengurusan pasukanlah perlu kreatif dalam menarik pelaburan masuk bagi menampung kos kendalian.

Bila sesebuah syarikat berminat untuk menaja kita boleh lihat sendiri apa jumlah yang diwarwarkan di dada akhbar dan portal berita. Contohnya sebelum ini Datuk Seri Vida berminat membelanjakan sejumlah RM16juta untuk TRW. Manakala pemilik Syarikat D'Herbs, Datuk Aliff Syukri pula dilaporkan berminat mengeluarkan kos sebanyak RM30juta untuk pasukan Kedah.

Tapi bila dalam hal MARA ini pula, kos PMB hanyalah RM200ribu untuk setahun! Masuk liga pun tak lepas macam ni! Ia jauh lebih rendah berbanding pakej asal yang mencecah lebih RM1juta. Dengan harga 5 kali lebih rendah MARA dapat pula dua tempat Iklan pada jersi TRW. Satu di bahagian belakang dan satu lagi dibahagian tepi.

Kalau faham tentang pemasaran, kos yang dibelanjakan oleh PMB adalah amat berbaloi jika dibandingkan dengan Pulangan atas Pelaburan (ROI-Return of Investment) yang diterima. Setiap perlawanan, terpampang logo MARA. Bila ada siaran langsung, jelas kelihatan logo lagi. Penyokong yang pakai jersi berlogo MARA kesana kemari itu pun merupakan lanjutan satu bentuk promosi. Kalau diikutkan jumlah ROI mencecah jutaan ringgit. Dengan hanya RM200ribu!

Setakat ini kita sepatutnya jelas bahawa, transaksi perniagaan antara MARA melalui PMB dengan TRW bukan ditentukan oleh Annuar Musa. Banyak proses kelulusan dan mesyuarat perlu dilalui. Juga tiada kerugian yang dilami oleh pihak MARA dan dana pendidikan tidak terlibat langsung dalam urusniaga ini.

No comments:

Post a Comment