Tuesday, June 28, 2016

RM50 Ribu Denda Terhadap Pesalah Ulat Tiket!


Itulah jumlah denda yang bakal dihadapi oleh mana-mana individu atau kumpulan yang bertindak sebagai ulat tiket di terminal bas-bas ekpres di seluruh negara. Bukan itu sahaja, jika disabitkan kesalahan penjara 3 tahun turut dikenakan. Kesemua ini sudah termaktub dalam Sis

Tindakan tegas begini sememangnya perlu, memandangkan operasi ulat tiket ini semakin menjadi-jadi bila tiba musim perayaan. Walaupun sudah pelbagai kempen kesedaran dilakukan, tapi masih ramai pengguna yang menjadi mangsa kerakusan ulat tiket ini.

Ulat tiket ini mengambil kesempatan di atas kerisauan pengguna yang bimbang tidak dapat membeli tiket pulang ke kampung. Sanggup membayar dengan harga mahal untuk perkhidmatan yang belum tentu ada. Akhirnya pengguna gigit jari beraya di terminal bas.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan orang ramai hanya melakukan transaksi jual beli tiket bas di kaunter sahaja! Bukan di tepi jalan, bawah pokok, parkir lot dan lain-lain. Ada baiknya juga pengguna melaporkan sebarang kegiatan ulat tiket kepada SPAD.

Isu ulat tiket ini sudah berlarutan saban tahun, sebelum ini Pudu Sentral merupakan lokasi popular dengan kegiatan ini. Berpuluh operasi khas dijalankan SPAD bagi membanteras dan menangkap ulat tiket ini. Namun perkara serupa muncul kembali setelah beberapa minggu.

Beberapa pendekatan telah diketengahkan bagi mengatasi isu ulat ticket ini. Antaranya dengan memperkenalkan mesin ticket dan sistem ticket bas bersepadu bersama syarikat-syarikat bas lain. Perlaksanaan sistem ini ternyata berjaya menghapuskan aktiviti ulat tiket. Diharap lebih banyak terminal bas mengadaptasi sistem ini.

No comments:

Post a Comment