Thursday, February 7, 2013

PAS Melalut


Dah melalut Hadi Awang ni. Sendiri buat palat, orang lain pula yang dipersalahkan. Cubaan beliau mengambil langkah menunding jari terhadap kerajaan bagi mengelirukan rakyat tak menjadi.

Tak perlulah bermain wayang, sebab pusing macam mana pun, pakatan tidak akan dapat menutup keparahan dan pertikaman berlaku sesama komponen parti.

Tempoh hari kita dah dengar kenyataan lawak Nik Aziz ekoran pemecatan YB Nasha dari Majlis Syura. Kali ini Presiden PAS, Hadi Awang pulak buat lawak menyalahkan kerajaan mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan islam terutamanya penganut kristian.

Mungkin Hadi buat demikian untuk menyelamatkan imej parti yang semakin tercalar dan hilang sokongan rakyat. Tak tahulah langkah damage control apa yang beliau gunakan. Kerana rakyat malah ahli PAS sendiri sudah tahu bahawa punca kepada permasalahan ini diletuskan oleh puak mereka.

Mungkin pimpinan pembangkang terlupa, sebaik saja berkuasa di beberapa negeri selepas PRU12. Pelbagai isu sensitiviti agama telah dibangkitkan pakatan.

Rakyat tak lupa kebiadapan Theresa Kok, DAP yang mengetuai persatuan penduduk menegur bunyi azan di masjid bandar kinrara, Puchong. Tidak cukup dengan itu beliau sekali lagi terlibat dalam isu cubaan murtadkan orang melayu di sebuah gereja di Damansara Utama.

Maka ramailah pimpinan PAS marah. Bukan marah pada Theresa Kok, tapi pada Hassan Ali yang telah mengambil tindakan tegas terhadap gerakan murtad ini bersama-sama JAIS. Apa punya biol dorang ni?

Paling memalukan PAS, apabila mursyidul am, Nik Aziz berceramah mengatakan Rasulullah adalah budak kampung yang dipilih secara rambang oleh Allah swt untuk diangkat menjadi Nabi atau Rasul. Tak tahulah kitab mana yang dibacanya.

Lebih dulu buat gila, adalah Hadi Awang yang telah memecah belahkan umat Islam di negara ini dengan amanat mengkafirkan UMNO. Akibatnya ramai ahli PAS yang taksub mempercayainya sehingga terjadilah insiden solat dua imam dalam satu masjid. Sembelihan penyokong UMNO haram dimakan dan banyak lagi.

Belum lagi kita cerita bai'ah, sumpah setia kepada parti yang diamalkan oleh PAS satu ketika dulu. Selepas terkantoi kelam kabut mereka nak cover line.

Tak payahlah puak tegar PAS hendak menafikan. Kerana segalanya ini diceritakan dan dibongkarkan sendiri oleh bekas-bekas ahli PAS yang sedar dan bertaubat dari kekal menerima kesesatan yang PAS suapkan kepada mereka dahulu.

No comments:

Post a Comment