Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam Program Diskusi UMNO-Online bertajuk Pasca PAU 2017 mendedahkan situasi sebenar yang membawa kepada pemecatan Muhyidin.
Beliau menyentuh tentang perkara ini setelah diajukan oleh salah seorang penonton media Sosial, Ikram Yusof yang menggambarkan seolah presiden UMNO bagaikan maksum dan tidak boleh ditegur.
Dari pengalaman beliau yang pernah berkhidmat di bawah empat Presiden iaitu Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan kini Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau menyatakan Najib adalah Presiden paling terbuka kepada kritikan.
Di bawah pimpinan Najib peluang dan ruang diberi kepada Majlis Tertinggi dalam memberi pandangan dan teguran mereka. Malah ada beberapa ahli MT yang vokal dalam memberikan teguran mereka. Dimana perkara ini tidak pernah berlaku ketika era Mahathir.
"Ada beberapa kawan di dalam MT, dalam empat orang yang berani balun Presiden. Jadi jangan ingat, ahli MT kami-kami hadir mesyuarat , duduk diam sebab takut dengan Presiden, ada yang berani berterus-terang," katanya Annuar berseloroh.
Apa yang pelik, Muhyiddin tidak pula membangkitkan langsung isu terbabit dalam mesyuarat MT. Malah Ketika isu itu meletup, kami semua pelik kenapa dia sebagai Timbalan Presiden bertindak mendiamkan diri sedangkan Presiden sedang 'dibalun'.
"Kalau kata dia dipecat dalam MT, itu karut..saya jadi saksi...dia tak pernah bukak mulut cakap tentang 1MDB dalam MT." kata Annuar
"Saya ingat lagi masa bulan Ramadan, kami ahli MT berbincang apa yang sedang berlaku. Kami pelik Muhyiddin tidak bersuara. Jika benar Presiden buat salah, dia ada pandangan lain, tidak salah jika dia nak utarakan dan maklumkan pada kami.
"Saya jadi saksi, hubungi pegawai Muhyiddin untuk aturkan perjumpaan bagi menghantar wakil untuk mengetahui perkara sebenar dipihak dia.
"Tapi tak sempat nak atur, Muhyiddin dah 'letupkan' di Cheras. Secara diam dia aturkan rancangan nak jatuhkan Najib...bukan sebab dia buka mulut, dia dipecat kerana pada waktu itu, dalam MT, dia tak bercakap" katanya.
Jadi tak perlulah mengangkat Muhyiddin sebagai hero berani mendepani Presiden UMNO, Datuk Seri Najib tentang 1MDB. Sedangkan beliau sendiri bacul bersuara secara berdepan dalam mesyuarat MT.
No comments:
Post a Comment