Saturday, December 9, 2017

Kelantan Lemah Dibawah Pentadbiran PAS


Itu yang ketara dapat kita lihat sepanjang 22 tahun pentadbiran PAS di Kelantan. Tiada kemajuan drastik dari segi insfrastruktur diketengahkan, tiada peluang pekerjaan baru dibentuk, malah aliran masuk pelaburan juga rendah di Kelantan. 

PAS yang dikatakan menjulang Islam. Hanya sekadar retorik di atas pentas-pentas ceramah dan politik. Banyak diucap di bibir dan di atas kertas. Namun tiada satu berjaya direalisasikan dengan jayanya. Kesudahannya Kelantan bagai sengaja dibiarkan mundur dengan kurangnya peluang pekerjaan dan tiada janaan pendapatan baru bagi kerajaan negeri.

Apakah kita lupa dengan lebih 70 buah projek gajah putih yang dilancarkan oleh kerajaan PAS. Projek kambing, gaharu, projek pembinaan stadium, projek lebuhraya rakyat dan sebagainya semua hanya sekadar batu asas dan papan tanda bakal dibina. Kesudahannya selepas PRU13 smuanya usang dan runtuh dimamah masa.

Sehingga hampir kepada PRU14, kerajaan PAS masih tidak dapat menampilkan sebarang kerjayaan memberansangkan kepada warga Kelantan. Rata-rata projek dan pelaburan yang masuk adalah hasil usaha Kerajaan Pusat seperti projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai dan juga Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL). 

Semenjak keluar dari kelompok Pakatan Pembangkang PAS kelihatan seakan-akan rapuh dalam mengekalkan momentum sokongan. Setelah parti tersebut berpecah kepada PAN. Terencat gerakan PAS di beberapa buah negeri terutama Selangor dan Penang. 

Oleh itu, mereka turut mencatur usaha berkerjasama dengan UMNO bagi menghadapi PRU14 ini. Namun kepimpinan PAS sekali lagi bercanggah pendapat tentang usaha ini. Ada yang mementingkan penyatuan ummah, manakala sebahagian lain masih terikat dengan doktrin asal bukan UMNO dalam pemikiran.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa sedia maklum akan idea kerjasama PAS-UMNO ini. UMNO sedia bekerjasama, namun UMNO tidak boleh sewenangnya mengorbankan rakan-rakan dalam Barisan Nasional semata-mata untuk menjaga keinginan parti PAS.

"UMNO boleh berkompromi dalam beberapa perkara tetapi PAS harus menghormati rakan-rakan komponen BN dan menerima hakikat bahawa Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama yang mengamalkan toleransi serta mengambil berat golongan minoriti,"  kata Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Dalam perkembangan lain, PAS juga rancak merancang usaha mempertahankan kubu kuat mereka, Kelantan. 

"Saya difahamkan PAS juga sedang memikirkan untuk bergerak sendirian untuk mempertahankan Kelantan dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.

"Jadi ia terpulang kepada mereka. Tugas utama kita (UMNO) ialah mendapatkan Kelantan kembali. Bukan sahaja merampas balik Kelantan tapi kami mahu membentuk kerajaan yang kuat. Itu yang penting.

"Sekalipun kami dapatkan kembali Kelantan dan kepimpinan PAS boleh bekerjasama membentuk kerajaan yang kuat, kita dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

"Hanya kerajaan yang kuat boleh memberikan khidmat terbaik kepada rakyat. Kerajaan yang lemah tidak akan dapat membela rakyat. Malah bukan sahaja PAS tetapi UMNO dan BN boleh bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan yang kuat," katanya.

Rakyat Kelantan juga sudah muak dengan sikap sambil lewa kerajaan negeri. Isu pengangguran, masalah sosial dan masalah air. Kerajaan negeri sibuk berpolitik memburukkan UMNO dan BN tetapi gagal dalam menampilkan usaha baik dari parti sendiri.

Terus bersama PAS, bermakna Kelantan terbiar dan kemunduran.

No comments:

Post a Comment