Thursday, November 30, 2017

Kesan Kerosakan DAP Setelah Berkuasa



Kerosakan yang dinyatakan ini bukanlah pada fizikal semata-mata. Malah pada usaha licik merosakkan pemikiran sesebuah kaum. Perkara ini disuarakan oleh Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Mejar Datuk Huan Cheng Guan.

Beliau berpendapat DAP telah hilang arah dan lari dari matlamat asal ketika mula-mula memegang kuasa di Pulau Pinang. Segala ayat manis yang ditabur hanya kata-kata kosong sekadar memancing undi pada PRU2008. Setelah berkuasa segala laungan bak hero rakyat kononnya hendak membasmi korupsi, memajukan negeri dan memelihara kebajikan kaum melayu dan india hilang entah kemana.

Kini pengundi terutamanya warga Penang menerima akibatnya. Sudah dua penggal berlalu masalah banjir masih gagal di atasi. Malah bertambah buruk. Isu korupsi yang melanda parti juga kian meruncing dengan kepincangan dalam pemilihan CEC dan seterusnya penglibatan KM Penang, Lim Guan Eng dalam transaksi jual beli banglo serta tanah.

DAP juga semakin biadap dalam cubaan mencampuri serta mengubah urusan hal ehwal melayu dan agama Islam. Seperti perarakan Maulidur Rasul yang pernah dilarang sebelum ini. Manakala perayaan Thaipusam juga diadakan dengan dua perbarisan yang berlainan mengikut kasta. Ternyata tindakan DAP ini adalah bagi memecahkan perpaduan antara sesama melayu atau pun sesama india.


Kesengsaraan rakyat Penang diburukkan lagi dengan masalah alam sekitar. Seperti projek-projek perumahan lereng bukit yang telah mengorbankan berpuluh ekar hutan dan juga isu kilang haram yang mengeluarkan bahan toksik hingga menyebabkan kanser kepada penduduk berhampiran Sungai Lembu.

Jauh menyimpang dari kempen kerajaan DAP iaitu "Cleaner & Greener Penang". Hutan bukit digondolkan sehingga mengakibatkan banjir terburuk dalam sejarah Penang. Banyak kawasan dibajiri air berlumpur sehingga menenggelamkan rumah orang tua. Paling tragis ada yang terkorban.

Tapi alasan KM Penang, "Tiada Hujan Tiada Banjir"!

Tidak cukup dengan itu, setiap kegagalan yang berlaku atas kelemahan DAP disapu bawah tikar seolah tiada kesilapan. Lebih kelakar bila menyalahkan pula kerajaan BN malah mempolitikkan bantuan banjir yang disampaikan kepada warga Penang disana. Mereka terus memperbodohkan rakyat Penang dengan permainan politik mereka.

Sudah ada nyawa terkorban pun masih jadi bahan mainan buat DAP. Memang biadap!!

Selain itu, caj parkir kereta telah dinaikan, tarif air pula telah dinaikan sebanyak tiga kali dalam setahun. Kenaikan ini dijangka terus berlaku pada tahun hadapan. Sewa kedai juga telah mendadak naik sehingga 200% lebih tinggi.

Kampung-kampung melayu juga turut dimusnahkan sedikit demi sedikit. Projek rumah kos rendah pula tidak dibuat seperti diberitakan. Jelas majoriti melayu yang berpendapatan rendah dan sederhana semakin terhimpit dibawah kerajaan Penang. Mereka bukan sahaja dinafikan hak, tetapi diusir secara licik untuk keluar dari pulau mutiara tersebut.

Seperti dikata, laungan kononnya memahami keperitan rakyat hanya wayang. Kerana kerosakan yang dilakukan DAP inilah punca keperitan itu.

No comments:

Post a Comment