Tuesday, July 19, 2016

Memorandum Persefahaman Projek HSR KL-Singapore Termerterai


Setelah melalui beberapa siri perbincangan sejak Februari 2013. Akhirnya satu memorandum persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Malaysia dan Singapore mengenai projek rel berkelajuan tinggi (HSR) telah ditandatangani hari ini di Putrajaya.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah dipertanggungjawabkan mengendali perbincangan berkaitan projek ini dari mula. Hasil perbincangan telah menyentuh beberapa perkara pokok yang membawa kepada pembentukan MOU projek HSR ini.

Antara perkara pokok tersebut adalah mengenai kerjasama teknikaliti, kastam, pelepasan imigrasen & kuarantin (CIQ), isu keselamatan, kerangka peraturan dan pengurusan projek. Ia bukan satu yang mudah seperti disangka, kerana melibatkan kekangan perundangan kedua-dua belah negara pada awalnya. 



Kalau mudah, tidaklah ambil masa 3 tahun untuk dimuktamadkan MOU ini. Sejarah terukir hari ini dan MOU telah ditandatangi oleh kedua belah pihak di mana Malaysia diwakili oleh Datuk Adbul Rahman Dahlan, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dengan Khaw Boon Wan, Menteri Pengangkutan Singapore. Majlis ini telah disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri kedua negara, Datuk Seri Mohd Najib dan Lee Hsien Loong.

Apa yang ada adalah perancangan di atas kertas dan tidak lama lagi akan dimulakan pembinaannya. Hasilnya, KL-Singapore HSR bakal dengan lapan buah stesen. Stesen tersebut adalah Putrajaya - Serembang- Ayer Keroh - Muar - Batu Phat - Iskadandar Puteri.

Keretapi laju ini berkemampuan untuk mencapai kelajuan maksimum 300km/j dan mampu memendekkan perjalanan antara KL-Singapore dengan hanya 90minit sahaja. Kelajuan begini tidak bermakna jika kelancaran di pusat CIQ tidak berjalan dengan baik. Oleh demikian kerajaan kedua belah negara akan menyediakan tapak CIQ di Singapore, Bandar Puteri (Johor) dan Kuala Lumpur. Segalanya dipermudahkan dengan intergrasi CIQ KL-Singapore. Penumpang hanya akan melalui pemeriksaan CIQ di lokasi pelepasan sahaja.

Respon positif telah pun diterima dikalangan rakyat Malaysia dan Singapore. Ramai merasakan lebih mudah untuk melawat keluarga dan saudara mara selepas nanti. Selain itu, perjalanan rakyat yang ulang alik bekerja di kedua belah negara menjadi lebih selesa dan tidak perlu lagi tersangkut berjam-jam di laluan tambak setiapp hari. Sama-sama kita nantikan kehadiran HSR KL-Singapore yang dijangka siap pada tahun 2026.

No comments:

Post a Comment