Monday, April 11, 2016

Taraf Pentadbiran JPJ Dipertingkatkan



Naik taraf pentadbiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ini merupakan satu langkah berterusan. Namun ia perlu dilakukan seara berfasa bagi menampakan perubahan lebih berkesan dan penambahbaikan antara fasa sebelumnya. JPJ bukan agensi yang baru mula bertapak, pelbagai perubahan telah berlaku sepanjang penubuhan.

Soalnya sekarang adakah rakyat nampak perubahan JPJ ini dari luaran? Mungkin apa yang terlihat sekadar berubah pada nombor pendaftaran kenderaan semata-mata. Adakah ini sahaja kos yang dibelanjakan kepada agensi besar ini. Sudah tentu tidak! 

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah menyatakan bahawa sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan dalam masa tiga bulan lagi bagi mengenalpasti langkah penambahbaikan struktur pentadbiran JPJ.

Tiong Lai merasakan langkah penubuhan jawatankuasa ini akan memastikan operasi JPJ terus dipertingkatkan supaya kemudahan dan perkhidmatan kepada masyarakat terus selari dengan peredaran masa. Dengan kepesatan teknologi yang semakin sebati dengan rakyat, pihak JPJ juga akan memastikan sentuhan teknologi diterap dalam perkhidmatan mereka.

Antara inisiatif yang telah ditonjolkan oleh JPJ adalah perkhidmatan sistem e-daftar, sistem pendaftaran tanpa sempadan, sistem tukar milik secara biometrik serta pengurusan penguatkuasaan. Kesemua ini diterap dengan teknologi terkini demi kemudahan dan perkhidmatan yang lebih pantas buat rakyat.

Transformasi yang akan dilakukan secara berfasa setakat ini telah menyaksikan peningkatan memberansangkan. Sehingga 2015, pihak JPJ telah menguruskan sebanyak 26 juta kenderaan berdaftar dan melesenkan sejumlah 14.7 juta pemandu di negara ini. Semoga fasa peningkatan seterusnya membawa JPJ ke taraf yang lebih tinggi. s

No comments:

Post a Comment