Sunday, April 24, 2016

Sambungan LRT Kelana Jaya Beroperasi 30 Jun



Beruntunglah kepada sesiapa yang duduk di kawasan berdekatan dengan perkhidmatan rel Transit Aliran Ringan (LRT). Dulu kedudukan rumah perisik tidak jauh dari perkhidmatan rel ini, sememangnya mudah untuk ulang alik dari satu kerja dan berjalan hujung minggu. Kini sambungan laluan Kelana Jaya pula bakal beroperasi, perisik yakin penduduk sekitar akan rasa manfaat besarnya.

Lihat sahaja bertapa pesatnya pembangunan di sekitar stesen hentian di sepanjang laluan LRT terbabit. Nilai hartanah juga melonjak malah industri kecil dan premis perniagaan tumbuh bak cendawan selepas hujan. Secara keseluruhan limpahan ekonomi akan dirasai dengan kehadiran sistem rel LRT ini. 

Pengangkutan awam yang sedang melalui transformasi besar bawah seliaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini tidak menghampakan. Sedikit demi sedikit beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan bagi meningkatkan kemampuan serta kebolehpercayaan perkhidmatan awam.

Antara sasaran utama bagi menggalakkan pengguna perkhidmatan awam ini adalah dengan meningkatkan kemampuan LRT. Kesediaan sambungan LRT Kelana Jaya ini untuk beroperasi ini antara tarikan utama pengguna perkhidmatan. Dijangka menjelang 2030, kita akan menyaksikan penambahan 40% pengguna yang menjadikan LRT sebagai mod mobiliti utama.

Projek sambungan LRT Kelana Jaya - Putra Heights ini meliputi laluan sepanjang 17.4km dan dikendalikan oleh Prasarana Negara Berhad (PRASARANA). Belum pun siap laluan sambungan LRT ini, kita sudah boleh lihat pembangunan pesat di sekitarnya. Bagaimana pula keadaannya selepas ia mula beroperasi selepas 30 Jun nanti. Pasti lebih drastik kadar pertumbuhan ekonomi nanti.

Tentu penduduk di sekitar tidak sabar menggunakan perkhidmatan rel ini. Satu lagi mod pengangkutan bertambah di tempat tinggal mereka. Semoga ia terus memberi manfaat dan sama-samalah kita menjaganya dari sebarang vandalisme.

No comments:

Post a Comment