Tuesday, November 16, 2010

KFC dan Tesco offer peneroka joint-venture

Berita baik buat peneroka! Baru-baru ini saya sempat sertai beberapa rakan usahawan peneroka Felda ke majlis Dinner Talk Usahawan Felda. Pelik, namanya dinner talk tapi ada sesi petang dan malam. Sepatutnya lebih sesuai dinamakan Sehari Bersama Usahawan Felda.

Saya sempatlah dengar ucaptama daripada Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab. Dalam ucaptama itu Datuk Dzul ada umumkan bahawa Tesco dan KFC tawarkan peneroka jadi pembekal sayur, buah dan makanan. Malah sesiapa nak buat franchise dengan Tesco untuk buka kedai serbaneka 24 jam di Felda pun boleh.

Dalam sesi itu juga saya berpeluang mendengar kisah kejayaan pemilik Sendayu Tinggi, Puan Rozita. Bergenang juga air mata tengok video di mana dia menceritakan kisah derita yang dilaluinya, termasuk tak ada duit nak pergi hospital untuk beranak1 Sedih giler! Terkejut badak juga bila dapat tahu anak peneroka ini belanja Rm9 juta tahun lepas hanya untuk pengiklanan! Jadi bayangkan betapa kayanya dia! Puan Rozita hari itu turut bagi tips macam mana nak berjaya macam dia.

Sayangnya tak ada video ceramah Puan Rozita yang sekarang dah bertudung lingkup. Tapi tetap bergaya dan menawan! Sudah jadi nenek, tapi body masih solid!

Dalam ucapannya Datuk Dzul juga ada menjawab tuduhan fitnah terhadap Felda. Saya tak ingatlah sepenuhnya apa dia kata, tapi dia adalah cakap, kalau betul Felda bankrap dan menyeleweng, tak kan syarikat besar macam Tesco dan KFC nak usahasama dengan Felda. Ya tak ya juga.

Saya terjumpa video ucapan Datuk Dzul dalam feldanewsfotopages.com dan di sini ingin berkongsi dengan pembaca dan peneroka Felda yang berminat jadi usahawan. Jangan layan dengan fitnah-fitnah tak masuk akal tu. Baik kita sambar offer Tesco dan KFC ni!

No comments: