Friday, November 19, 2010

Kenyataan Balas Felda Terhadap Tuduhan Mazlan Aliman

Nampaknya si Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat yang gila publisiti itu tak serik-serik melemparkan tohmahan demi tohmahan terhadap Felda. Selama ini Felda senyap saja. Kini, nampaknya perbuatan Mazlan semakin menjadi-jadi menyebabkan Felda mengeluarkan satu kenyataan akhbar. Berikut adalah kenyataan akhbar yang dihantar kepada media dan beberapa blogger hari ini.

PERNYATAAN AKHBAR MENGENAI  PENYATA KEWANGAN FELDA

FELDA menafikan sekeras-kerasnya laporan yang disiarkan oleh akhbar HARAKAH bertarikh 5 – 7 Zulhijah 1431/12 -  14 November 2010 yang mendakwa FELDA tidak pernah membentangkan Penyata Kewangan di Parlimen. Laporan yang disiarkan juga turut menyebut FELDA menyembunyikan kedudukan kewangan kepada umum dan mendakwa kewangan FELDA dikuasai oleh individu tertentu.

Dakwaan ini dibuat oleh Mazlan Aliman, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri dalam akhbar berkenaan yang menyebut ‘FELDA seperti juga Petronas tidak pernah membentangkan penyata kewangannya di Parlimen, sebaliknya kewangan FELDA dikuasai oleh individu yang sama……’ 

Adalah ditegaskan sejak ditubuhkan pada tahun 1956, FELDA tidak pernah gagal untuk mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangannya di Parlimen.  Setiap tahun Penyata Kewangan FELDA  diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan telah memperolehi Sijil dari Ketua Audit Negara. Pengauditan Penyata Kewangan FELDA telah dilaksanakan mengikut Akta Audit 1957 dan berpandukan piawaian pengauditan yang telah diluluskan. Pengurusan Kewangan FELDA diurus secara teratur dan Penyata Kewangannya mematuhi Piawaian Pelaporan Kewangan yang diluluskan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia. Selain itu  juga Penyata Kewangan FELDA mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan oleh Kerajaan yang mewajibkan FELDA mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangan di Parlimen sebelum 31 Disember setiap tahun. Penyata Kewangan FELDA bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 telah dibentangkan di Parlimen baru-baru ini.

Sehubungan itu, pihak yang berkenaan diingatkan supaya memberi pernyataan yang beretika dan menghentikan sebarang bentuk tomahan terhadap FELDA.  Fitnah yang tidak putus-putus dilemparkan terhadap FELDA adalah untuk kepentingan tertentu dan justeru itu, warga peneroka dinasihatkan tidak terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan terhadap FELDA. 

Dikeluarkan oleh:

Ketua Unit Perhubungan Awam & Hal Ehwal Korporat FELDA
19 November 2010

No comments:

Post a Comment