Thursday, February 25, 2016

Jalinan Kerjasama Penerbangan ASEAN-EU Terus Kukuh @TiongLai #MCA


Satu usaha penting Kementerian Pengangkutan dalam meningkatkan kebolehpercayaan sektor penerbangan ASEAN. Malaysia sememangnya komited melibatkan diri dalam analisis serta memberi sokongan terhadap Perjanjian Komprehensif Pengangkutan Awam Udara (CATA) di antara Kesatuan Eropah dan ASEAN.

Perjanjian ini merupakan langkah penting bagi menyeragamkan usahasama sektor penerbangan kedua kesatuan besar ini dalam beberapa faktor penting seperti keselamatan dan pengawasan penerbangan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu perjanjian ini mampu mengukuhkan lagi kerjasama terbabit sekaligus mampu mempromosikan jaringan perjalanan udara antara dua rantau ini.

"Memandangkan Malaysia adalah salah satu penyumbang utama dalam sektor penerbangan ASEAN yang semakin meningkat, kami berharap perjanjian ini akan dapat capai kesepakatan tidak lama lagi kerana ia dijangka membawa manfaat ekonomi kepada negara dan ASEAN." Jelas Tiong Lai di 'Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016 baru-baru ini.


Malaysia turut menyentuh isu penting dalam kerjasama ini iaitu berkaitan pemuliharaan alam sekitar, seperti isu menangani pelepasan karbon dioksida. Perkara ini selaras dengan cadangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Malaysia sentiasa komited dalam isu alam sekitar ini kerana ia menjadi sebahagian daripada dasar negara dalam pengurangan gas rumah hijau (GHG).

Penglibatan Malaysia dalam industri penerbangan dunia ini tidak berhenti setakat disitu. Tidak lama lagi Malaysia akan menyertai Global Aviation Dialogues (GLAD) yang berlangsung Mac depan untuk membincangkan lagi isu berkaitan dasar konsep dan aplikasi draf.

No comments:

Post a Comment