Antara yang menjadi pilihan utama belia dan ibu bapa adalah Kolej Universiti TAR. Selepas ini, pilihan ke Kolej UniTAR menjadi semakin hampir apabila Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan pembinaan kolej terbabit di Sabah tahun lalu dengan peruntukan kos RM50 juta.
Berita ini turut dipanjangkan lagi oleh Timbalan Presiden MCA , Datuk Ir Wee Ka Siong kepada para media untuk hebahan umum ketika majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Kota Kinabalu, Sabah.
Gambar Hiasan |
Perkara ini bukan sahaja memudahkan mobiliti bakal pelajar dan ibu bapa untuk sampai ke Kolej ini. Ia turut menjimatkan belanja dan masa yang selama ini perlu menggunakan pengangkutan kapal terbang dengan perjalanan berjam-jam untuk sampai ke kampus Kuala Lumpur.
Buat masa ini Kolej UniTAR beroperasi di Penampang sejak 2002. Ka Siong memberitahu bahawa lokasi baharu kolej itu nanti akan terbina di atas tapak berkeluasan 2 hektar. Ternyata MCA terus konsisten dalam menyediakan infra untuk masyarakat setempat. Terutamanya dalam menyediakan tempat pembelajaran, biasiswa dan bantuan khas kepada yang memerlukannya.
No comments:
Post a Comment