Sunday, February 7, 2016

Cubaan Perancis 'Bunuh' Industri Minyak Sawit! #FELDA



Negara-negara pengeluar minyak sawit mentah terutamanya Malaysia dan Indonesia membantah keras rancangan Perancis untuk mengenakan cukai import yang akan dinaikkan secara berperingkat-peringkat bermula tahun depan terhadap semua produk berasaskan minyak sawit. 

Cukai import yang semakin tinggi akan membuatkan pihak pengilang dan pengeluar barangan berasaskan minyak sawit mula mencari alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada minyak sawit. Situasi ini bakal merosakkan nilai pasaran minyak sawit mentah dunia sekaligus menjejaskan pendapatan utama di kebanyakan pengelua yang rata-ratanya terdiri daripada negara sedang membangun.

Satu mesyuarat Majlis Negara-negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) yang disertai wakil dari Malaysia iaitu Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas bersama wakil dari Indonesia, Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Sumber, Rizal Ramli. Dalam sidang media selepas mesyuarat terbabit, semua negara telibat menyelar tindakan mengenakan cukai import ini!

"Perlaksanaan cukai ini bukan sahaja bertujuan membunuh industri minyak sawit tetapi turut melanggar syarat-syarat perdagangan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)" jelas Douglas Uggah.


Rizal Ramli berpendapat Perancis tidak mempunyai alasan kukuh melaksanakan cukai import ini. Beliau melihat perlaksanaan cukai ini adalah untuk membunuh industri kelapa sawit dengan kadar cukai melebihi 100% dari nilai jualan sawit!

Buat masa ini kadar jualan sawit adalah berlegar pada harga EUD550 (RM2,545) setan. Manakala kadar cukai yang hendak dikenakan pula adalah sehingga EUD900 (RM4,165) setan. Seperti perisik nyatakan awal-awal, perlaksanaan cukai ini akan memberi impak negatif kepada pasaran minyak sawit mentah dunia. Negara pengeluar yang majoritinya terdiri dari negara membangun bakal mengalami penguncupan jualan. 

Banyak organisasi gergasi yang terlibat dalam perladangan kelapa sawit terutamanya FELDA akan terjerut dengan cukai import ini. Jadi usaha bantahan perlu diperhebatkan bagi memastikan kelangsungan industri kelapa sawit dan pemegang saham FELDA yang terdiri daripada para peneroka terus terpelihara.

No comments:

Post a Comment