Tuesday, May 19, 2015

Kampus Baru Kolej Universiti TAR Ultra-Moden Di Kuantan!@TiongLai


Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC) telah wujud sejak 1969 dengan kampus pertamanya di Kuala Lumpur dengan hanya 764 pelajar sahaja. Kini sudah ada lima cawangan yang beroperasi di seluruh negara dan mampu menampung lebih kurang 24,000 pelajar.

Terbaru, TARC bakal melebarkan sayap dengan cawangan terbarunya iaitu di Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Majlis pecah tanah telah pun disempurnakan oleh Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini.

Monday, May 18, 2015

Perairan Sabah Diceroboh! Isu Perlu Ditangani Bersama Negara Jiran! - Tiong Lai


Sudah acap kali perairan Sabah diceroboh oleh kumpulan pengganas dari Selatan Filipina. Pihak kerajaan Malaysia pula telah membelanjakan berjuta ringgit bagi mempertingkatkan rangkaian pertahanan di sana. Akan tetapi ia terus berlaku, kerana jajaran pantai dan lautan yang terlalu luas untuk dipantau sepenuhnya.

Namun jika difikirkan adakah Malaysia sahaja yang perlu bertungkus lumus berbelanja mempertahankan masalah dari negara jiran. Bagaimana pula dengan Filipina? Sepatutnya Filipina tampil meletakkan aset ketenteraannya di kawasan berisiko bagi mebantu Malaysia mengawal pencerobohan.

Saturday, May 16, 2015

Tiong Lai - Hasil Siasatan Awal Punca Nahas Helikopter!


Tumpahan minyak atau kebocoran hidarulik mungkin punca nahas yang mengorbankan Ahli Parlimen Rompin, TS Jamaluddin Jarjis dan lima individu yang lain. Penjelasan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada media ini merupakan hasil siasatan awal nahas Eurocopter Dauphin 9M-IGB yang terhempas di Semenyih.

Dari siasatan, rekod audio memperdengarkan kebimbangan juruterbang tentang kebocoran atau tumpahan cecair hidraulik. Kesan tumpahan minyak telah diperolehi di lokasi pendaratan di padang sebuah sekolah Muadzam Shah, Pahang. Selain itu terdapat juga kesan pada roda kiri helikopter yang terbenam sedalam 20 inci ketika mendarat di sekolah tersebut.

Thursday, May 14, 2015

Sokongan MCA Meningkat Di Dua PRK!



PRK Rompin dan Permatang Pauh yang berlalu baru-baru ini telah memberi indikasi positif pengundi cina terhadap kerajaan. Jumlah pengundi di kedua PRK ini menampakkan peningkatan yang memberangsangkan sekali gus menunjukkan trend pengundi cina yang muak dengan permainan politik jijik DAP/Pakatan dan mula kembali kepada MCA.

Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun tampil menjelaskan beberapa faktor yang membawa kepada peningkatan sokongan pengundi cina pada PRK ini berbanding PRU13.