Thursday, January 26, 2012
Transformasi Status Syarikat Felda Global Ventures
Transformasi yang dinanti-nantikan oleh para peneroka ini akhirnya terlaksana dalam Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH).
Kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 18 Januari telah merubah status FGVH kepada sebuah syarikat Berhad. Mulai dari saat ini, syarikat terbabit akan lebih dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad.
Perubahan status ini adalah merupakan proses awal persediaan tawaran awam awal IPO syarikat itu menjelang Jun nanti.
Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad berkata barisan penasihatnya kini berada dalam peringkat akhir menyediakan butiran penyenaraian syarikat di Bursa Malaysia.
Masyarakat Felda sambut baik slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’
Slogan ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ yang diperkenalkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendapat sambutan yang positif daripada masyarakat Felda di sini.
Yang Dipertua ISMA Cawangan Kuantan, Ustaz Rushdan Abdul Halim menegaskan bahawa slogan tersebut merupakan jalan penyelesaian yang praktikal kepada kemelut permasalahan jatidiri yang melanda umat Islam di tanahair kini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ sempena program Kafilah Dakwah di Masjid Felda Jengka 9 di sini semalam.
Program ini dianjurkan bersama Biro Pendidikan Jengka 9, Badan Agama Jengka 9 dan ISMA Cawangan Temerloh.
Menurut Ustaz Rushdan, fokus ISMA dalam program Kafilah Dakwah ini untuk membina jatidiri Melayu Muslim melalui penghayatan Islam secara menyeluruh dalam masyarakat.
Masyarakat Felda menjadi sasaran kerana mereka adalah masyarakat Melayu Muslim sepenuhnya, tambahnya.
“Program ini juga bertujuan untuk menyatupadukan dan membentuk kesepakatan di kalangan orang Melayu dalam menjayakan aspirasi Islam di Malaysia walaupun berbeza pandangan dan latar belakang,” ujar Ustaz Rushdan.
Menurut beliau, ISMA akan ‘turun padang’ bagi mendekati masyarakat khususnya masyarakat Felda dan memupuk penghayatan agama secara menyeluruh untuk membina umat yang bertamadun.
“Melihat masalah sosial yang berlaku terutama di dalam masyarakat Felda, timbul kesedaran ISMA di Pahang untuk memberi sumbangan kepada menyelesaikan masalah ini dengan menyedarkan masyarakat perlunya kembali kepada penghayatan Islam secara menyeluruh dan kepentingan perpaduan serta persepakatan,” kata Ustaz Rushdan.
Beliau turut menyatakan bahawa masyarakat Felda adalah unik kerana terbentuk hasil persepakatan politik di antara Tun Abdul Razak dan Dato’ Asri Muda pada zaman 70-an dahulu.
Program Kafilah Dakwah ini akan menjelajah ke semua Felda di negeri Pahang.
Sumber:- http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/masyarakat-felda-sambut-baik-slogan-%E2%80%98melayu-sepakat-islam-berdaulat%E2%80%99/
Yang Dipertua ISMA Cawangan Kuantan, Ustaz Rushdan Abdul Halim menegaskan bahawa slogan tersebut merupakan jalan penyelesaian yang praktikal kepada kemelut permasalahan jatidiri yang melanda umat Islam di tanahair kini.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Melayu Sepakat Islam Berdaulat’ sempena program Kafilah Dakwah di Masjid Felda Jengka 9 di sini semalam.
Program ini dianjurkan bersama Biro Pendidikan Jengka 9, Badan Agama Jengka 9 dan ISMA Cawangan Temerloh.
Menurut Ustaz Rushdan, fokus ISMA dalam program Kafilah Dakwah ini untuk membina jatidiri Melayu Muslim melalui penghayatan Islam secara menyeluruh dalam masyarakat.
Masyarakat Felda menjadi sasaran kerana mereka adalah masyarakat Melayu Muslim sepenuhnya, tambahnya.
“Program ini juga bertujuan untuk menyatupadukan dan membentuk kesepakatan di kalangan orang Melayu dalam menjayakan aspirasi Islam di Malaysia walaupun berbeza pandangan dan latar belakang,” ujar Ustaz Rushdan.
Menurut beliau, ISMA akan ‘turun padang’ bagi mendekati masyarakat khususnya masyarakat Felda dan memupuk penghayatan agama secara menyeluruh untuk membina umat yang bertamadun.
“Melihat masalah sosial yang berlaku terutama di dalam masyarakat Felda, timbul kesedaran ISMA di Pahang untuk memberi sumbangan kepada menyelesaikan masalah ini dengan menyedarkan masyarakat perlunya kembali kepada penghayatan Islam secara menyeluruh dan kepentingan perpaduan serta persepakatan,” kata Ustaz Rushdan.
Beliau turut menyatakan bahawa masyarakat Felda adalah unik kerana terbentuk hasil persepakatan politik di antara Tun Abdul Razak dan Dato’ Asri Muda pada zaman 70-an dahulu.
Program Kafilah Dakwah ini akan menjelajah ke semua Felda di negeri Pahang.
Sumber:- http://www.ismaweb.net/v4/2012/01/masyarakat-felda-sambut-baik-slogan-%E2%80%98melayu-sepakat-islam-berdaulat%E2%80%99/
Tuesday, January 24, 2012
Tun Mahathir Paling Berpengaruh!
Walaupun mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah lebih 8 tahun tidak aktif berpolitik.
Namun pengaruh beliau tidak dapat disangkal apabila mempunyai lebih 1.5 juta pengikut dari seluruh dunia dan Malaysia khususnya.
Datuk Seri Najib pula berada di tangga kedua dengan jumlah menghampiri 1 juta pengikut.
Angka ini menjadi bukti apabila jumlah pengikut semakin bertambah dari hari ke hari yang terdiri dari pelbagai bangsa dan peringkat umur terutamanya dari golongan belia Malaysia.
Juak-juak pembangkang terkinja mencanangkan yang kononnya pengaruh Najib semakin hilang sebagai Perdana Menteri.
Sedangkan insan yang mereka gelar sebagai "ulul azmi", "imam mahdi" dan "nabi" hanya dengan jumlah kurang dari 350 ribu pengikut di kedudukan ke-5 dibelakang Tuan Guru Nik Aziz dan Haron Din
Perisik - PAS dilihat lebih berpengaruh tapi masih nak ikut belakang DAP dan PKR.
Orang Malaysia Terkaya Dunia Dengan Aset 20 Trilion!!
Memang dahsyat giler pengakuan seorang warga Malaysia kelahiran Tanjung Malim yang mengakui memiliki sejumlah aset bernilai RM20 Trilion!
Kamal Ashnawi mendakwa memiliki aset sebanyak itu dengan mengemukakan salinan bank HSBC di London.
Dah mengaku trillionaire. mengaku juga keturunan diraja dari Indonesia!?
Sumber kekayaan yang dimilikinya dikatakan berasal dari warisan diraja menerusi akaun Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat oleh keluarga diraja dunia pada 1875.
Beliau merupakan presiden dan CEO syarikat minyak Sierra Petroleum yang mempunyai jumlah perlaburan ber'trilion' dolar US.
Nak baca lebih lanjut tentang senarai syarikat Sierra ni, boleh baca di jurnalmalaysia.com
perisik - RM20 trilion! Mengarut gilerr!
Saturday, January 21, 2012
Lima Kepala Babi Di Pintu Masuk Masjid Di Johor!!
Masjid Al Falahiah |
Seorang penjaga masjid menemui satu bungkusan yang mengandungi lima kepala babi di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pada pukul 6.30 pagi tadi.
Terdapat tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang turut ditemui berhampiran kawasan masjid tersebut.
Ketua Polis Johor, Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis telah menubuhkan pasukan yang diketuai timbalannya Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.
Mokhtar Shariff |
Mokhtar turut mengingatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.
Pada pukul 5.30 petang semalam, dua bungkusan yang disyaki tulang turut ditemui.
Pengerusi masjid, Kassim Darim berkata dalam kejadian petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik yang dipercayai mengandungi sisa babi berhampiran pagar belakang masjid.
Sementara itu, 100 orang, termasuk badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.
Friday, January 20, 2012
FGVH Terokai Industri Hiliran
Sabri Ahmad
Presiden dan Ketua Eksekutif Felda Global Ventures Holdings (FGVH), Datuk Sabri Ahmad memberi penekanan untuk mengembangkan model perniagaan sedia ada kepada industri hiliran.
Buat masa ini model perniagaan FGVH banyak bergantung kepada pergerakan harga komoditi minyak sawit mentah (MSM) yang turun naik.
Arah tuju FGVH ini dilihat bertepatan dimana dapat mengurangkan kebergantungan pada pasaran global MSM semata-mata.
Industri hiliran ini adalah untuk menggalakkan pemprosesan bahan mentah dari Malaysia sendiri kepada produk pengguna akhir yang boleh memberikan keuntungan berlipat kali ganda.
Konsep ini telah digunapakai di Malaysia sebelum ini tapi kini akan dirancakkan dalam model perniagaan FGVH.
Contohnya bijih timah yang merupakan hasil bumi terbesar Tanah Melayu suatu ketika dulu hanya mampu kita ubah kepada bentuk jongkong dan dieskport ke negara barat.
Jongkong bijih timah tersebutlah yang digunakan oleh industri hiliran di barat untuk diproses dengan campuran beberapa bahan lain untuk menghasilkan beberapa produk akhir seperti tin, kabel, jentera dan kereta.
Produk ini pula di hantar semula kepada kita dan akhirnya negara barat dan eropah lah yang menerima keuntungan besar dari hasil bumi kita.
Sebab itu Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri ingin Malaysia menjadi negara industri yang jelas lebih banyak membawa keuntungan kepada negara.
Kini langkah serupa diambil oleh FVGH dengan tujuan mengembangkan produk asas MSM Felda kepada beberapa produk akhir yang lebih menguntungkan. Antara yang berpotensi untuk dimajukan adalah penghasilah Bio-Diesel.
Penghasilah Bio-Diesel ini adalah bersesuaian kerana mampu menjadi sumber bahan api alternatif bagi menggantikan petrol yang merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Untuk merealisasikan perancangan ini, FVGH masih dalam proses menyaring bakal rakan kongsi yang mempunyai kapasiti untuk membawa masuk teknologi dan rangkaian pemasaran terbaik untuk Felda.
Sudah kedengaran ura-ura beberapa nama besar dalam penghasilan produk pengguna akhir seperti syarikat Archer Daniel Midlands (ADM) dan Bunge Limited disenaraikan. Keputusan belum dimuktamadkan lagi.
Dua syarikat gergasi dari Amerika ini sememangnya terkenal dalam memproses bahan mentah asas (jagung, gandum, minyak sayur dll) kepada produk makanan, bahan api alternatif, bahan kimia, baja dan lain-lain produk yang mempunyai pasaran luas global.
Strategi ini bukan sahaja dapat menjamin kestabilan FGVH di masa hadapan malah dapat meningkatkan nilai pasaran saham apabila disenaraikan di bursa saham nanti.
Secara totalnya, semua ini bakal meningkatkan pendapatan para peneroka yang merupakan pemegang saham terbesar dalam FGVH.
Pakatan Pembangkang Hilang Kesepakatan
"Tuan Guru" Khalid Ibrahim
Sebelum ini artikel perisik sudah menyentuh hilangnya pengaruh pakatan pembangkang DI SINI. Paling ketara dalam konvensyen pakatan sendiri pada 14hb Januari lepas yang hanya dihadiri kurang dari 4,000 orang ahli.
Sasaran yang diletakkan oleh mereka adalah 100,000 orang walhal lokasi konvensyen terbabit hanya mampu menyendat lebih kurang 20-30 ribu umat dalam satu masa.
Macam biasa lah pembangkang ni, dah terbiasa berdakyah. Semua perkara nak bergegar cakap. Semasa beberapa siri perhimpunan haram mereka pun angka serupa dicanangkan, 100,000! Rasanya angka tersebut termasuk jumlah kutu-kutu di kepala para peserta perhimpunan haram.
Sekarang, pakatan semakin parah apabila hilang kesepakatan sesama mereka. Paling lawak pimpinan mereka melantik Tan Sri Khalid sebagai exco hal ehwal Islam selepas Dr Hassan Ali dipecat.
Pengganti Hassan Ali iaitu ADUN Sijangkang, YB Dr Yunus dari PAS hanya sekadar memegang portfolio Belia dan Sukan.
Perlantikan drastik ini telah membuatkan presiden PAS sendiri, Tuan Haji Hadi Awang bersuara "Hal Ehwal Islam Selangor Patut Diberikan Pada Adun PAS Bukannya Khalid Ibrahim PKR".
Ahli PAS yang selama ini berdiri megah di belakang nama "Parti Islam Semalaysia" telah dikencingkan oleh rakan pakatan mereka sendiri.
Ramai Ahli PAS terkejut, kerana ini bermaksud perlantikan exco baru ini telah membelakangkan kesepakatan pimpinan pakatan PKR-PAS-DAP. Kalau tidak mengapa Hadi Awang mempersoalkan keputusan perlantikan ini.
Pakatan yang beriya-iya kononnya memperjuangkan demokrasi untuk rakyat. Tapi sebenarnya dasar demo"KERAS"i yang diamalkan dalam pakatan sendiri.
tergagap sampai tak sengaja lantik diri sendiri
Mereka dalam pakatan tahu bahawa perpecahan dan percakaran yang berlaku adalah berpunca dari kerakusan politik dalaman mereka. Tapi masih ada juga suara sumbang yang sempat berdakyah mengatakan ini semua kerja kotor UMNO/BN.
Itulah akibatnya apabila dakyah menjadi lauk dan hidangan kepada ahli parti dan rakyat jelata sehingga barisan kepimpinan mereka terkeliru untuk membezakan sama ada fakta atau tahyul yang disampaikan. Sampai BIOL kepala otak mereka!!
Hakikatnya suara majoriti ahli PAS dan PKR sudah muak dan tidak sanggup meneruskan propaganda auta ini. Terbukti setiap propaganda yang digerakkan telah memakan diri mereka sendiri.
Mungkin selepas ini PAS perlu menukar nama kepada PKS - "Parti Kebajikan Semalaysia". Kebajikan menjaga hati PKR dan DAP sehingga terlupa menjaga hati ahli sendiri.
Perisik - Pejuang sejati PAS, Hassan Ali dan Nasaruddin Mat sudah dipijak dan diketepikan, kini yang tinggal hanya parasit yang gelojoh memamah PAS dari dalam. Tunggu apa lagi!
Sang Peneroka Baham Red Giants
Memang hebat!!! Pasukan Felda United berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Selangor di Stadium Hang Jebat, Melaka dengan kemenangan 1-0.
Gol tunggal yang dijaringkan oleh Azrul Ahmad pada minit ke-32 telah memberikan tiga mata kepada pasukan skuad Sang Peneroka dalam aksi ketiga Liga Super yang berlangsung 17hb Jan lepas.
Pengendali Felda, E. Elavarasan berkata "Kemenangan itu memang satu kejutan kerana Selangor adalah sebuah pasukan yang kuat dan tiga mata ini cukup berharga setelah pemain berjuang bermati-matian di atas padang."
‘‘Pujian harus diberikan kepada semua pemain terutama pada separuh masa kedua kerana dapat mengekang serangan yang dilakukan Selangor yang berusaha memburu gol penyamaan.” Tambah beliau lagi.
Warga peneroka berbangga di atas kejayaan ini dan berharap pasukan Sang Peneroka dapat meneruskan momentum kemenangan sehingga menjulang piala liga super. Insyaallah! Hidup Felda United!!
Thursday, January 19, 2012
Pakatan Hilang Pengaruh!!
Hilang pengaruh ni bukanlah perkara baru, kerana ramai ahli-ahli pakatan yang dulu ekstrem dalam memperjuangkan parti mula kendur semangat sejak beberapa isu yang mula membuka mata mereka mengenai dalaman parti mereka.
Isu liwat Anwar Ibrahim paling banyak menjadi bualan mulut ahli pakatan dari mula Anwar ke mahkamah. Setelah Saiful bersumpah laknat di dalam masjid kerana salah laku pemimpin mereka sendiri, ramai berfikir kerana ikrar sumpah yang dibacakan bukan perkara yang boleh di buat main-main.
Sekali lagi penyokong tegar pembangkang dikejutkan dengan salah laku pemimpin mereka sendiri. Apabila Dtk Eskay pula melafazkan ikrar sumpah di atas isu video seks yang membabitkan Anwar.
Ekoran dari itu, majoriti rakyat khususnya penyokong pakatan mengharapkan yang Anwar turut akan melakukan sumpah laknat bagi menidakkan segala tohmahan. Mereka semua menanti tindakan balas oleh Anwar, namun jangkaan mereka jauh meleset sama sekali.
Malah Dr MAZA sendiri mengatakan yang beliau harus melakukan pekara serupa seperti Saiful dan Datuk Eskay iaitu bersumpah laknat bagi membersihkan segala fitnah. Persoalan timbul dalam batu jemala penyokong. Kalau tidak bersalah mengapa takut hendak bersumpah laknat.
Ramai penyokong pakatan mula dahagakan kebenaran dari pemimpin mereka. Tapi tiada satu pun dapat memberikan jawapan yang memuaskan.
Walaupun Anwar Ibrahim didapati tidak bersalah di Mahkamah. Ahli PAS dan PKR sudah bijak menilai keputusan terbabit dan mereka meyuarakan melalui konvensyen yang berlangsung 14hb lepas.
Anggaran 100 ribu yang dicanangkan, walhal hanya 3,000-4,000 sahaja ahli pakatan hadir ke konvensyen terbabit. Di dalam hebahan blog mereka dan twitter memberitahu kononnya sambutan amat menggalakkan. Dari gambar awal artikel ini, pembaca sudah boleh menilai sendiri bagaimana gambaran sokongan ahli pakatan sendiri terhadap parti mereka.
Hakikatnya, sudah terpampang di hadapan kita sendiri. Rakyat sudah berikan MANDAT selama Tiga tahun ini, tapi telah disia-siakan oleh pemerintahan pakatan pembangkang. Warga ahli PAS dan PKR sendiri tahu akan kelemahan ini dan tidak sanggup bersengkongkol dengan wayang mainan parti mereka.
Monday, January 16, 2012
FELDA: RM3 Juta Untuk Pekan Ijok
Hebat betul FELDA ni, pembangkang sibuk cakap FELDA muflis tapi dengan pengumuman Datuk Seri Najib sabtu lepas membuatkan pakatan pembangkang muflis idea untuk merosakkan program transformasi FELDA.
Najib dalam Majlis Bersama Rakyat Felda Ijok mengumumkan bahawa FELDA sendiri akan memperuntukkan RM3 Juta untuk membina kompleks Mini Stadium serta menaik taraf infrastruktur Pekan Ijok.
Warga Felda Ijok dan penduduk sekitarnya memanjatkan kesyukuran diatas peruntukan FELDA ini. Kerana tiada sebarang kemajuan diterima penduduk setempat sejak pakatan berkuasa di Selangor.
Mandat yang diberikan oleh rakyat kepada pakatan pembangkang tidak tertunai setelah tiga tahun. Ruang dan peluang sudah diberikan, masa untuk merubah akan dijawab dalam kertas undi PRU13 nanti.
Dalam Majlis Bersama Rakyat tersebut, Najib turut mengumumkan yang kerajaan memperuntukkan RM3.5 juta untuk pembinaan jambatan Sungai Seputeh di DUN Selama dan RM1.25 Juta untuk pembinaan Kompleks Serbaguna di DUN Batu Kurau.
Hasutan Pakatan Menentang Penyenaraian FGVH
Peneroka sudah muak dengan jajaan pembangkang dalam menabur fitnah diatas usaha Datuk Seri Najib Razak dalam mentransformasikan FELDA ke peringkat antarabangsa.
Penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) contohnya menjadi medan fitnah para pembangkang dalam mengagalkan usaha Najib.
Kerana mereka tahu penyenaraian ini akan memberi banyak keuntungan kepada para peneroka dan ini jelas akan menyukarkan usaha mereka dalam mengurangkan kepercayaan peneroka terhadap kerajaan.
Kerana usaha mereka selama ini telah mula menunjukkan kegagalan apabila para peneroka mula tidak menunjukkan minat mendengar perjuangan kosong yang jelas hanya persepsi terhadap FELDA.
Sebelum ini mereka melalak menyatakan yang FELDA muflis dan menanggung beban hutang yang banyak. Tapi hakikatnya mereka sendiri tahu yang FELDA ini merupakan lubuk emas negara yang menjadi sasaran utama untuk dimiliki pembangkang.
Jika sebuah syarikat dianggap muflis, tidak ada individu yang sanggup untuk memilikinya. Tapi pembangkang beriya-iya untuk mendapatkan FELDA, sebab mereka tahu kewangan FELDA kukuh dan mampu menyuntik kemajuan negara.
Contoh mudah syarikat IOI plantation yang memiliki ladang kelapa sawit seluas 150,000 hektar di Malaysia dan 80,000 hektar di Indonesia telah cukup untuk membuatkan pemiliknya dinobatkan sebagai warga terkaya Malaysia.
Jelas keuntungan berbilion ringgit telah di terima IOI melalui industri perladangan kelapa sawit yang mempunyai luas keseluruhan 230,000 hektar ini.
Tapi keuntungan FELDA lebih hebat dan utuh melalui hasil industri kelapa sawit yang berkeluasan 853,000 hektar!
Keuntungan inilah yang kami para peneroka terima melalui bonus, insentif, bantuan pendidikan, modal niaga, rumah baru dan bermacam-macam yang jelas menggoyahkan usaha pembangkang dalam merobek transformasi Najib
Gambar: UMNO-online
Anwar PM Era Kejatuhan Negara
Menjaja Fitnah Memburukan Negara |
Belum jadi PM pun Anwar Ibrahim sudah menggerakkan usaha memburuk-burukkan Malaysia. Setiap lawatan dialog beliau ke luar negara disalahgunakan dengan menunjukkan yang kononnya Malaysia mengalami kemerosotan ekonomi, politik tak stabil, dasar pemerintahan zalim dan sebagainya.
Usaha yang jelas untuk menakut-nakutkan pelabur asing masuk serta meletakkan persepsi negatif terhadap negara di dalam setiap dialog yang dihadiri.
Semua rakyat sudah tahu akan modus operandi beliau apabila ke luar negara. Malah juak pembangkang sendiri mengetahui akan perkara yang salah, berlaku dalam parti mereka.
Yang peliknya dalam setiap lawatan beliau tiada pula usaha dilakukan untuk menarik pelabur ke negeri yang dikuasai mereka. Sekurang-kurangnya pendapatan dalam negeri akan meningkat dan ini pasti akan menguntungkan rakyat negeri penguasaan mereka.
Jelas senjata yang digunakan telah makan tuan. Jika dilihat selama lebih tiga tahun pembangkang memerintah, tiada suntikan pelaburan besar diumumkan oleh pakatan pembangkang dalam negeri mereka.
Perubahan yang dapat dilihat adalah pembukaan pusat hiburan dan pusat urut seperti yang berlaku di negeri Selangor.
Momokan buku jingga tidak memberikan sebarang kesan jangka panjang kepada pembangunan dan kebajikan rakyat yang kononnya menjadi dasar perjuangan pakatan.
Anwar lebih gemar menjaja memburukkan negara daripada membawa masuk keuntungan ke dalam negeri pakatan. Kesudahannya rakyat yang tersepit.
Bagi menutup kelemahan sendiri. Puak pembangkang berhelah dengan mencipta persepsi bagi memburukkan pemerintahan kerajaan. Jika ini tidak dilakukan segala kelemahan dan kegagalan mereka dalam mentadbir negeri akan terhukum dalam PRU13 nanti.
Bagi menutup kelemahan sendiri. Puak pembangkang berhelah dengan mencipta persepsi bagi memburukkan pemerintahan kerajaan. Jika ini tidak dilakukan segala kelemahan dan kegagalan mereka dalam mentadbir negeri akan terhukum dalam PRU13 nanti.
Terbaru, temuramah bersama wartawan BBC lagi sekali menunjukkan kelemahan akal beliau sehingga ingin memperjuangkan pihak gay dan lesbian yang jelas bertentang dengan hukum syarak.
Orang PAS dan PKR terkedu tak terkata dengan kata-kata pemimpin mereka sendiri. Apakah Anwar ingin membawa masuk ideologi kebebasan hubungan sejenis dalam negara?
Tiba-tiba hendak mengenepikan undang-undang yang beliau anggap lapuk? Celah mana lapuknya? Walhal yang lapuk adalah propaganda yang mereka bawa selama ini.
Sememangnya tiada pimpinan PAS dan PKR sanggup membiarkan Anwar menjadi Perdana Menteri jika ideologi ini yang ingin diketengahkan.
Katakanlah jika beliau diangkat sebagai PM. Apakah simbol atau gelaran bakal diberikan kepada beliau?
Almarhum Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan
Allahyarham Tun Abdul Razak - Bapa Pembangunan
Allahyarham Tun Hussien Onn - Bapa Perpaduan
Tun Dr Mahathir Mohamad - Bapa Permodenan
Tun Abdullah Ahmad Badawi - Bapa Pembangunan Modal Insan
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak - Bapa Transformasi
Datuk Seri Anwar - Bapa Homoseksual / Bapa Seksual Merdeka?? (sebab nampak itu jer yang ditampilkan)
Rakyat sudah sedia maklum bahawa Anwar tidak relevan diangkat sebagai bakal PM Malaysia. Pemerintahan pakatan selama lebih tiga tahun ini juga tidak memberikan sebarang impak baik kepada rakyat.
Perisik - Mandat sudah rakyat berikan kepada mereka selama tiga tahun ini. Namun perjuangan yang mereka janjikan hanya kekal di atas kertas dan pentas politik sahaja.
Tuesday, January 10, 2012
Berjuta Persepsi - Sifar Konpirasi
Tetapi apabila Hakim Datuk Mohd Zabidin putuskan yang Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat. Lain pula lagu mereka.
Keputusan ini memang mengejutkan pihak pembangkang yang sebelum ini terlebih dahulu menjatuhkan hukum yang Anwar pasti ke penjara. BACA SINI
Dari apa yang berlaku jelas menunjukkan yang lalakan hilang akal pimpinan pembangkang lebih kepada sebaran persepsi ke dalam kepala otak para pengikutnya yang kononnya kes liwat ini adalah konspirasi kerajaan.
Para penyokong pro pembangkang yang telah dikencingkan oleh pemimpin sanjungan mereka dengan mudah menfitnah BN kerana termakan dek persepsi beracun suapan pemimpin lakhanat yang mereka angkat sendiri sebagai Imam Mahdi.
Perhimpunan bebas Anwar yang dianjurkan bukanlah suara rakyat seperti diwarwar-kan. Kerana turut dibanjiri oleh warga asing Myanmar dan Indonesia yang diupah untuk berdemo dengan diberikan topeng untuk menutup rupa orang asing mereka. BACA SINI dan SINI
Sumber |
Mantan PM, Dr Mahathir juga berkata yang segala-galanya tentang teori konspirasi ini hanyalah pandangan serong Anwar. Keputusan mahkamah menjadi bukti bahawa tiada sebarang konspirasi sebelum atau sekarang untuk mengenakannya. BACA SINI
Malah jika diselidiki, kerajaan sendiri atau orang kuat BN sendiri kalah dalam beberapa kes di mahkamah. Seperti kes Khir Toyo dan termasuklah kes UMNO diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988.
Jelas menunjukkan sistem kehakiman negara adalah bebas dan bekecuali serta bukan boneka mana-mana pihak.
Keseluruhan ini, menggambarkan mainan politik pembangkang lebih banyak kepada PERSEPSI. Iaitu sekadar andaian, teka meneka dan cerita kosong semata-mata.
Tiada sebarang konpirasi wujud selama ini. Lagi sekali rakyat terutamanya penyokong tegar PAS dan PKR dikencing oleh insan yang diangkat sendiri sebagai Imam Mahdi.
SIFAR KONSPIRASI
Itu yang rakyat dapat lihat dengan jelas sekarang
perisik - tapi "liwat suka sama suka" bukan konspirasi atau persepsi itu peguambela anwar yang cakap
Monday, January 9, 2012
Kronologi Lengkap Peristiwa 901
Sesiapa yang ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku pada 9 Jan. Sila baca catatan wartawan di Mahkamah Jalan Duta.
Kronologi lengkap dan cukup untuk memberi gambaran mengenai situasi di mahkamah tadi.
4.00 pagi: Polis sudah mula berkumpul di sekitar kawasan letak kereta Mahkamah Jalan Duta.Turut kelihatan beberapa orang wartawan dan jurugambar berlegar-legar di simpang masuk jalan menghala ke mahkamah (Jalan Khidmat Usaha).
4.15 pagi: Hujan renyai. Kelihatan 12 trak polis rusuhan dan sebuah trak meriam air tiba di kawasan mahkamah.
4.30 pagi: Beberapa orang wartawan lagi tiba dan mencari tempat berteduh kerana hujan mulai lebat.
4.45 pagi: Hujan bertambah lebat. Ramai orang berteduh di pusat penjaja yang terletak di simpang Jalan Khidmat Usaha.
5.00 pagi: Beberapa buah bas dan trak membawa polis tiba di perkarangan mahkamah.
Selebihnya boleh didapati DI SINI jurnalmalaysia.com
Feedlot NFC VS Feedlot Anwar Ibrahim
Feedlot yang menempatkan ternakan lembu milik NFC yang terletak di Gemas kecoh diperhebohkan oleh juak-juak pembangkang.
Tetapi Feedlot yang menempatkan manusia yang sanggup diperlembukan oleh Anwar Ibrahim ni gempak jugak beb! Macam gambar kat bawah. Siap ada letup-letup lagi.
Memang muak dengan sikap hipokrit kepimpinan dan penyokong pembangkang dalam penerimaan sesuatu isu yang berkaitan dengan perbicaraan di mahkamah.
Sebelum keputusan diumumkan tadi terpekik terlolong mengatakan mahkamah tidak adil, berat sebelah, zalim dan sebagainya yang buruk-buruk menghina mahkamah dan hakim.
Bila keputusan sudah diterima, 'dan dan' time tu jugak ubah skrip mengatakan mahkamah adalah adil. Sistem perundangan kita SUDAH telus? "SUDAH"!
Memangnya sejak dulu lagi telus dan adil mana ada "SUDAH". Tetapi bila keputusan tidak menyebelahi mereka habis dihemburnya caci maki terhadap mahkamah dan hakim.
Sehingga ada perancangan untuk membuat kekecohan jika keputusan menyebut Anwar Ibrahim BERSALAH!
Seperti yang berlaku tadi, terdapat tiga letupan bom sehingga mencederakan dua orang awam di sekitar mahkamah. Inilah kali pertama bom digunakan dalam perhimpunan di Malaysia.
Adakah bahan letupan ini akan digunakan untuk membuat kecoh bagi membebaskan Anwar? Perhimpunan tadi jelas bertujuan menimbulkan kekecohan ala terrorist jika Anwar ke penjara.
Kononnya 100,000 akan turun tetapi 3,000 sahaja yang tampil. Ala kadar jer! Pegi HIMPUN SEJUTA UMAT korang taknak.
Sekarang kesilapan terbesar pembangkan PKR dan PAS adalah dengan pemecatan Dr Hassan Ali. Beliau merupakan antara golongan professional tersohor yang terawal menyertai PAS dan kini dibuang bagai sampah.
Beliau sendiri tidak menyokong dengan perhimpunan sebegini tetapi suara Hassan Ali telah diketepikan PKR dan PAS dari segala segi.
Feedlot NFC |
Contoh Feedlot Lain |
Feedlot manusia diperlembukan di Mahkamah Jln Duta |
Memang muak dengan sikap hipokrit kepimpinan dan penyokong pembangkang dalam penerimaan sesuatu isu yang berkaitan dengan perbicaraan di mahkamah.
Sebelum keputusan diumumkan tadi terpekik terlolong mengatakan mahkamah tidak adil, berat sebelah, zalim dan sebagainya yang buruk-buruk menghina mahkamah dan hakim.
Bila keputusan sudah diterima, 'dan dan' time tu jugak ubah skrip mengatakan mahkamah adalah adil. Sistem perundangan kita SUDAH telus? "SUDAH"!
Memangnya sejak dulu lagi telus dan adil mana ada "SUDAH". Tetapi bila keputusan tidak menyebelahi mereka habis dihemburnya caci maki terhadap mahkamah dan hakim.
Sehingga ada perancangan untuk membuat kekecohan jika keputusan menyebut Anwar Ibrahim BERSALAH!
Seperti yang berlaku tadi, terdapat tiga letupan bom sehingga mencederakan dua orang awam di sekitar mahkamah. Inilah kali pertama bom digunakan dalam perhimpunan di Malaysia.
Adakah bahan letupan ini akan digunakan untuk membuat kecoh bagi membebaskan Anwar? Perhimpunan tadi jelas bertujuan menimbulkan kekecohan ala terrorist jika Anwar ke penjara.
Kononnya 100,000 akan turun tetapi 3,000 sahaja yang tampil. Ala kadar jer! Pegi HIMPUN SEJUTA UMAT korang taknak.
Sekarang kesilapan terbesar pembangkan PKR dan PAS adalah dengan pemecatan Dr Hassan Ali. Beliau merupakan antara golongan professional tersohor yang terawal menyertai PAS dan kini dibuang bagai sampah.
Beliau sendiri tidak menyokong dengan perhimpunan sebegini tetapi suara Hassan Ali telah diketepikan PKR dan PAS dari segala segi.
FGVH Akan Disenaraikan Dalam Masa Terdekat
Berita baik untuk para peneroka apabila Timbalan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Ahmad Maslan Menteri memberitahu media bahawa penyenaraain FELDA Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa saham dijangka berlaku pada bulan April atau Mei tahun ini.
Fuhh! Best betul, yalah seramai 224,000 ribu peneroka yang merupakan pemegang saham terbesar Koperasi Permodalan Felda akan menerima keuntungan hasil dari penyenaraian ini. Ini bererti pendapatan para peneroka akan meningkat lebih tinggi. Syukur!
Buat masa ini, tiga bank saudagar yang dilantik pada cadangan tawaran awam awal (IPO) sedang melakukan beberapa kajian sebagai langkah awal sebelum penyenaraian nanti.
Dah selesai kajian nanti, tiga bank saudagar terbabit akan mengemukakan hasil kajian dan cadangan kepada Lembaga Pengarah Felda untuk diselidiki sebelum melangkah ke peringkat seterusnya. Panjang prosesnya.
Tetapi masih terdapat sebilangan besar para peneroka kurang faham apa kebendanya IPO tu? Apa mekanisma IPO? Jadi kami difahamkan yang pihak pengurusan FELDA akan bertemu para peneroka bagi menjelaskan kekaburan dalam isu penyenaraian ni.
Bagus kalau dapat ilmu pasal IPO ni, masa depan boleh juga gunakan untuk laburkan dalam saham-saham yang lain. Side income lah katakan.
Tak mustahil ialah beratus-ratus syarikat disenaraikan dalam bursa saham dan majoriti syarikat terbabit menerima suntikan keuntungan hasil dari penyenaraian terbabit. Ekoran dari itu pemegang saham juga yang akan terima imbuhannya. Memang masyukkkk duit tahun ni.
Transformasi kerajaan dalam FELDA sememangnya menguntungkan para peneroka.
Anwar Dibebaskan!
Dalam terkinja-kinja penyokong tegar menuntut kebebasan Anwar Ibrahim melalak yang kononnya ini adalah konspirasi jahat menjatuhkan beliau. Tiba-tiba mereka semua terkejut.
Kerana mahkamah telah membebaskan Anwar Ibrahim dari kes liwat yang disabitkan. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah yang sebelum ini cuba disingkirkan sendiri oleh Anwar dari mengadili kes, telah membacakan keputusan berikut:
" Mahkamah tidak boleh jamin 100% intergriti bekas yang menyimpan DNA (yang menjadi bahan bukti dalam perbicaraan). Maka mahkamah tidak boleh bergantung kepada bukti air mani.
(Kini) Mahkamah hanya ditinggalkan dengan keterangan saksi utama, Saiful Bukhari Mohd Azlan. (Persabitan) Ini adalah kes jenayah. Oleh itu mahkamah tidak boleh sabitkan kesalahan berdasarkan kepada keterangan sahaja. Oleh itu tertuduh DIBEBASKAN "Selepas keputusan sampai ke tangan penyokong di luar mahkamah. Meroyan-royan mereka menyambut yang kononnya kemenangan untuk "rakyat".
Sememangnya mereka tidak menjangkakan ini semua dan ekoran dari keputusan tersebut mereka telah menggunakan sebaik-baiknya media massa yang datang terutamanya media antarabangsa untuk melaporkan kemenangan mereka.
Ini jelas menunjukan kedaulatan undang-undang negara terjamin tanpa campurtangan atau pengaruh politik seperti yang dicanang oleh puak pembangkang.
Penyokong tegar sejak perbicaraan berlangsung sudah melalak dan menjangkakan yang Anwar akan masuk penjara. Mereka menuduh keputusan hakim telah dipengaruhi oleh parti politik lawan iaitu UMNO khususnya. Mereka sibuk menyebarkan persepsi.
Seterusnya, belum dipastikan lagi samaada pihak pendakwaraya akan mengemukakan rayuan bagi menyemak semula keputusan dan bukti.
Kami ingin melihat jika keputusan adalah sebaliknya, kami pasti suasana tegang dan kekecohan akan berlaku.
Mereka juga pasti akan menunjukkan kepada dunia melalui media antarabangsa yang mahkamah telah dikuasai oleh kerajaan UMNO atau mahkamah adalah boneka Najib dan bermacam-macam lagi tohmahan.
gambar: hambali1 / mafiaboss2u
Friday, January 6, 2012
PDRM Benarkan Perhimpunan 901
PDRM membenarkan perhimpunan 901 diteruskan Isnin depan. Pihak PDRM telah menyediakan lokasi tempat parkir kereta di hadapan Mahkamah Jalan Duta untuk para demo berkumpul.
Para demo hanya dibenarkan untuk berkumpul sahaja. Tiada perarakan dibenarkan sama sekali. Beberapa garis panduan lain sudah jugak dibincangkan antara pihak polis dengan Azmin Ali.
Lampu hijau yang diberikan oleh PDRM ini adalah mengikut penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. Pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap para demostrasi yang menimbulkan suasana tegang.
Jaminan pihak polis sudah diberi. Ruang dan peluang yang telah diberikan oleh PDRM ini menunjukkan toleransi saksama terhadap setiap orang. Tetapi segalanya mestilah mengikut garis panduan yang telah diberikan.
Bagaimana pula dengan jaminan pihak penganjur? Katanya nak kumpulkan 100,000 orang. Kalau masa Bersih 2.0 yang seramai 5,000 orang pun tak dapat dikawal oleh penganjur.
Mampukah pihak penganjur mengawal 100,000 ni?
Kalau renungkan apa Dr Hassan Ali cakap, bila diajak HIMPUN SEJUTA UMAT untuk selamatkan aqidah umat Islam. Orang PAS cakap jangan pergi. Perkara asas perjuangan parti pun mereka boleh veto bulat-bulat.
Inikan pula perhimpunan nak pertahankan Anwar dalam kes LIWAT yang jelas beliau sendiri tidak pernah menafikan di mahkamah yang liwat itu tidak berlaku.
Sekarang pun ramai orang PAS dan PKR dah celik melihat kesamdolan modus operandi perhimpunan yang jelas memperjuangkan kepentingan salah laku peribadi.
Dalam artikel sebelum ini sudah menyatakan bahawa pihak pembangkang sudah mendahului mahkamah dalam menjatuhkan hukum terhadap Anwar. Baca Sini
Pembangkang Mendahului Mahkamah
Tinggal beberapa hari lagi keputusan kes liwat Anwar akan diumumkan. Sehingga hari ini bermacam-macam gerakan saraf dan propaganda sampah mula dijaja oleh pihak pembangkang.
Paling jelas adalah pengumuman orang kuat PKR, Azmin Ali untuk mengadakan perhimpunan HARAM 901.
Menyeru seluruh "rakyat" untuk sama-sama turut serta bagi mempertahankan Anwar dari masuk penjara??
Keputusan belum lagi dibaca, orang PKR yang satu ni dah meroyan mendahului mahkamah.
Gelagat terkinja-kinja pembangkang tampak memperbodohkan diri sendiri kerana sudah lebih dahulu menjatuhkan hukum dan mengiyakan yang Anwar sememangnya sudah bersalah dan akan dimasukkan ke penjara.
Nampaknya PKR dah ada mahkamah sendiri bagi memutuskan keputusan kes liwat.
Maknanya mereka secara jelas menyokong bahawa keputusan DNA yang menyatakan bahawa ianya adalah 99% DNA Anwar adalah betul sama sekali.
Terpekik kononnya menyatakan kebenaran, sekarang tergigit lidah.
Ramai ahli PAS dan PKR sudah mula hilang kepercayaan terhadap usaha parti masing-masing. Mula menyoalkan gerakan yang dijalankan oleh parti mereka.
PKR ni perjuangkan rakyat atau perjuangkan Anwar??
Ini parti untuk rakyat atau parti kepentingan Anwar??
Kalau PKR sendiri dah menjatuhkan hukum bahawa Anwar akan ke penjara kerana kesalahan LIWAT. Kenapa kami dalam parti harus perjuang mempertahankan persalah LIWAT.
Banyak suara-suara panas mula kedengaran dalam PAS dan PKR. Dalam DAP membisu bodoh je sekarang. Sebab kes dan kemelut diwujudkan oleh Anwar ini merupakan liabiliti kepada parti.
Terbaru, hari ini Anwar telah menyatakan bahawa pembangkang akan melantik PM sementara jika dia masuk penjara. Selepas menang PRU13, beliau akan menjadi PM.
Anwar sendiri melalui partinya juga seolah-olah sudah meyakini yang dia akan masuk penjara.
Kami para peneroka, bila diingat balik dalam perbicaraan kes liwat. Anwar tidak pernah menafikan langsung dalam mahkamah yang liwat tersebut tidak berlaku.
Peguambela hanya mempersoalkan mengapa Saiful tidak melarikan diri. Mempersoalkan mengapa Saiful mengambil masa lama untuk melaporkan. Malah ingin memberi gambaran yang kejadian liwat itu adalah secara rela
Jadi tidak hairanlah mengapa kini pembangkang begitu yakin dan menghukum Anwar terlebih dahulu.
Kalau sudah jelas bersalah, tiada rakyat khususnya yang beragama Islam mahu memiliki PELIWAT menjadi IMAM memimpin negara.
Najib Bersama Warga Felda Hulu Selangor
gambar hiasan
Najib yang hadir sempena Program Nurani Rakyat telah beramah mesra dengan warga Hulu Selangor dari seawal jam 9 pagi lagi. Kemudian beliau akan turut sama-sama menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.
Orang ramai khususnya warga Islam sekitar Hulu Selangor hadir solat Jumaat berjemaah bersama Datuk Seri Najib di Masjid Al-Rahimah.
Pagi tadi, Najib dalam ucapannya kepada warga Felda berazam untuk membawa legasi ayahandanya, Tun Razak untuk menlangkah lebih jauh dari sekadar juara kampung ke arena global.
Erti kata lain Najib akan menyambung usaha Tun Razak yang mengasaskan Felda supaya menjadi sebuah organisasi yang disegani di peringkat Global.
Najib juga memberi jaminan, selain daripada durian runtuh yang diterima oleh peneroka hasil daripada penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FVGH). Para peneroka akan terus kekal mendapat faedah yang telah diterima selama ini.
Para peneroka tahu bahawa untuk merealisasikan perkara ini, seluruh warga Felda harus berpadu tenaga dan idea bagi menjadikan Felda sehebat Petronas.
Jika para peneroka serahkan 100% usaha kepada kerajaan memang sampai bila pun kita tidak akan capai. Kami para peneroka akan sama-sama berusaha memajukan Felda dan menyokong segala usaha transfomasi yang dilaksanakan oleh Najib.
Para peneroka tidak sabar menanti penyenaraiaan Felda Global Venture Holding yang dilihat bakal menjana pendapatan para peneroka dan negara kita yang tercinta.
Tapi pihak pembangkang tahu perkara ini menguntungkan para peneroka. Tetapi perasaan iri hati mereka terhadap usaha Najib di dalam Felda membuatkan mereka resah kerana kepercayaan para peneroka semakin meningkat menyokong kerajaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)