Wednesday, February 17, 2016

Isu Pekerja Asing! Ka Siong Balun Pembangkang


Rata-rata rakyat telah dikelirukan oleh pembangkang dalam isu 1.5juta pekerja asing yang didakwa dibawa dari Bangladesh. Hakikatnya itu adalah jumlah yang berdaftar di bahagiann buruh di Bangladesh yang bersedia untuk diambil bekerja oleh majikan di beberapa buah negara, ia bukan angka yang bakal dibawa masuk ke Malaysia.

Kekeliruan yang ditimbulkan ini sudah cukup untuk menimbulkan persepsi negatif lain seperti menuduh kerajaan anak tirikan rakyat sendiri. Walhal kemasukan tambahan pekerja asing ini adalah bagi mengisi kekosongan lebih 300ribu kerja kategori 3D (Dirty, Dangerous & Difficult). Kategori yang tidak menjadi pilihan majoriti rakyat!

Namun pengambilan ini perlu diperhalusi semula. Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing baharu dan memfokuskan kepada menangani permasalahan Levi dan PATI dalam negara.

Sebenarnya kedua-dua isu Levi dan PATI ini telah dibangkitkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Wee Ka Siong. Beliau berpendapat supaya dua isu ini diselesaikan dahulu sebelum merancang membawa kemasukan baru atau tambahan pekerja asing ke Malaysia. Rupanya, cadangan Ka Siong ini dipandang serius oleh kepimpinan tertinggi negara.

"Keputusan penangguhan pengambilan warga Bangladesh ini membolehkan Kerajaan menyemak semula Levi pekerja asing dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat sebelum membuat keputusan." kata Zahid.

Namun keputusan ini diperlekehkan oleh pembangkang dengan dakyah bahawa kemasukan pekerja Bangladesh tetap berlaku walaupun sudah ditangguh. Bermulalah fitnah gambar jadual penerbangan dari Bangladesh serta gambar pekerja Bangladesh yang kononnya baru sampai di airport. Tidak cukup dengan itu, dituduh pula kerajaan bawa masuk bakal pengundi hantu bagi menghadapi PRU14.

Tuduhan liar yang tiada berpenghujung dari pembangkang ini sudah dijangka. Kerana apa jua langkah diambil kerajaan tangguh atau tidak, pasti akan menjadi sasaran serangan fitnah. Ka Siong sedia maklum dengan strategi kitar semula, menyelar sikap pembangkang yang sengaja mempolitikkan isu ini dengan fitnah jahat.

"Kenyataan pembangkang tidak langsung membantu industri perniagaan dan sekali gus membantu ekonomi negara tetapi sekadar ingin berpolitik." kata Ka Siong.

Penangguhan ini, antara lain bertujuan untuk semakan semula Levi pekerja asing serta berbincang dengan pihak-pihak terlibat sebelum keputusan dibuat. Ia bagai satu tempoh bertenang bagi memberi ruanh kepada majikan ahar mendaftarkan pekerja tanpa izin mereka.

Sekiranya gagal, pekerja asing tanpa izin ini akan diberkas dan dihantar pulang. Ruang penangguhan ini akan diguna sebaiknya bagi membanteras PATI yang tinggal melebihi jad, salahguna visa dan tiada dokumen sah. 

No comments:

Post a Comment