Bila Tony Pua bercakap, orang dah tahu banyak tipunya. Beliau mendakwa Felda Global Ventures Holding (FGVH) diambang kejatuhan dan bakal mengalami nasib serupa seperti syarikat Perusahaan Otomobil Nasional (PROTON) dan Malaysia Airlines Systems (MAS) yang sedang tenat.
Beliau turut membuat perbandingan FGV dengan syarikat pertanian lain seperti IOI, Genting dan Sime Darby yang dakwa beliau lebih berjaya. Tony juga mendedahkan analisis tiga suku turun naik saham bagi menunjukkan pretasi FGV yang tidak memberansangkan.
Sedikit demi sedikit kita dapat lihat peralihan pengangkutan awam yang sedang berlaku di negara kita. Dari jenis pengangkutan sahaja kita sudah lihat pelbagai transformasi. Kalau dulu kita berjalan, berbasikal dan menaiki beca untuk ke sesuatu destinasi. Kini kita bas, teksi, STAR, PUTRA, ERL dan bermacam lagi kemudahan untuk kita.
Selain daripada itu, sistem pembayaran menggunakan perkhidmatan awam ini juga turut mengalami perubahan. Kalau bas dulu ada konduktor tiket yang mengutip wang tambang. Kini sistem digital seperti Touch N Go pula digunakan.
Belum sampai Istana Kehakiman pagi tadi dah rasa bosan. Sebab apa bosan, sebab nama Anwar Ibrahim. Dengar nama je dah bosan. Adoii..bilalah nak habis kes liwat Anwar ni. Rasanya Malaysia's Book of Record leh masukkan dalam buku tahunan untuk rekod perbicaraan paling panjang dalam sejarah Malaysia.
Kalau masuk konpom bertahan 10 keturunan dalam buku rekod. Punya lah lama, ada wartawan sampai bersalin dua kali ikut perbicaraan ni. Ntah apa punya mengarut layan kes liwat ni. Yang penyokong tegar Anwar pun dah ikut menyampah. Makin lama makin berkurang je tengok.
Kajian terhadap kalangan 14,000 pelatih PLKN di 79 buah kem seluruh negara pada 2010 menemui hasil yang mengejutkan apabila seramai 604 pelatih di kalangan bangsa Cina dan India tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan.
Walaupun kajian tersebut dibuat empat tahun lalu, penemuan ini agak menghairankan dan membuatkan kita berfikir di mana silapnya sistem pendidikan negara. Ada mengatakan ia masih kes terpencil, namun ia memberi indikasi kelemahan sistem pembelajaran di sekolah ditambah dengan faktor persekitaran pelajar.
Kalau dah tak ikut undang-undang memanglah akan dikenakan tindakan. Kalau langgar had laju, Polis akan ambil tindakan. Kalau cukai jalan tak ada, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertindak. Tindakan pihak berkuasa ini bukanlah main tibai tahan suka-suka. Tetapi mengikut peruntukan undang-undang yang ada.
Begitu jugalah dengan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Operasi demi operasi yang dijalankan bagi membanteras pelbagai kesalahan pengangkutan awam darat adalah mengikut akta yang telah termaktub.
20,000 buah! Itulah kuantiti rumah mampu milik yang bakal dibina oleh FELDA untuk generasi muda di kawasan-kawasan rancangan. Rumah-rumah mampu milik ini bakal dibina di kawasan-kawasan rancangan seluruh negara bagi memenuhi permintaan semasa.
Generasi Felda sekarang tidak sama seperti 10-20 tahun yang lalu. Kalau dulu , Warga Felda begitu sinonim sebagai peneroka dan pengusaha ladang sawit. Kini FELDA berjaya melahirkan modal insan yang profesional seperti jurutera, juruterbang, doktor, arkitek dan bermacam-macam lagi.
Ops Tegas oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) baru-baru ini telah menyita 15 buah teksi kerana didapati bersalah kerana tidak guna meter dan menipu para penumpang.
Operasi yang berlangsung di kawasan tumpuan pelancong iaitu sekitar Pasar Seni, KLCC, Bukit Bintang, Jalan Tun Sambanthan, Hentian Putra dan Pudu. Kawasan ini menjadi lokasi pilihan pengukatkuasa SPAD setelah menerima aduan orang ramai terutamanya pelancong.
Tak sampai setahun sebagai ADUN dah bermacam-macam pencapaian berjaya diperolehi oleh DS Wan Azizah. Setelah mengangkat diri sendiri sebagai boneka dalam kepimpinan PKR. Calon MB Selangor tak jadi ini berjaya pula menempa nama sebagai pemfitnah terhormat.
Ini berikutan penipuan dan tuduhan jijik dalam artikel-artikel bertajuk 'Felda Bankrap', 'Kontroversi' dan 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).
Tak habis-habis buat hal drebar teksi ni, bulan sudah meletup-letup pasal isu UBER iaitu perkhidmatan mengambil dan menurunkan penumpang menggunakan kenderaan persendirian. Habis dihembur kata Surhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tutup mata dan sengaja menyusahkan depa.
Walhal mereka sendiri yang sengaja mencipta kesusahan. Mengapa? Sebelum isu UBER meletus, lihat sahaja keseluruhan operasi teksi yang berjalan selama ini. Semua serba tak kena, yang peliknya dituduh pula kerajaan terutamanya SPAD tak buat kerja!
GST didakwa membebankn rakyat? Bahagian mana yg beban? Hakikatnya mekanisma cukai sedia ada yang bertindih lebih membebankan kos sara hidup rakyat. Macam mana tahu? Sekarang kita tengah laluinya.
Tak perasan? Mungkin anda dah terbiasa, tak perasan atau tak tahu. Bila kerajaan cuba perbaiki dan bagi tahu, yang berdemo ni tak nak percaya plak. Dok hadam auta pemimpin pembangkang.
Nak gelak lebih-lebih kang! Dikatanya kita biadap, sombong itu ini semuanya buruk bagai. Ntah tetiba terasa nak bangkitkan tentang "inisiatif" pemandu teksi yang buat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Laporan polis itu dibuat oleh sekumpulan pemandu teksi yang mendakwa ketidakupayaan suruhanjaya dalam menangani isu perkhidmatan Uber di Malaysia. Mereka kata SPAD harus memastikan SISTEM industri teksi dilindungi. Antara kenyataan lain, SPAD bertanggungjawab memastikan kebajikan warga pemandu teksi negara terbela!?
Kalau tak pembangkang mana boleh tak berbelit cerita dorang ni. Jadi tak ada yang baharu tentang perangai puak-puak pembangkang ni, terus memfitnah dan tak sudah-sudah memutar belit kenyataan kerajaan.
Beri penerangan semuka pun boleh diauta inikan pula kenyataan bertulis. Lagi lah syok macai-macai pembangkang nak pusing. Jawab balas yang diberikan cukup jelas dan positif tetapi dengan hanya cedok satu dua perenggan jer terus terbalik jadi kenyataan negatif.
Masih terlalu awal untuk membuat telahan tetapi lokasi yang dikesan berlakunya letupan di Bukit Bintang berhadapan Kompleks Sun pada pukul 4.00 pagi tadi sering dikaitkan dengan aktiviti-aktivti kongsi gelap satu ketika dulu. Mungkin masih lagi tapi agak pasif kerana sering dipantau oleh pihak polis.
Pergaduhan antara kongsi gelap adakalanya berlaku kerana perebutan kawasan perniagaan, dendam dan kuasa. Tapi apa yang sering digunakan oleh kumpulan kongsi gelap ini kayu, parang, pisau dan pistol. Kali ni bom pula! Ekstrim?
Perlaksanaan deregulasi tambang bas sekolah telah menimbulkan pelbagai reaksi, tidak kira yang positif mahupun yang negatif. Sebelum ini tambang bas sekolah ditetapkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdangangan (LPKP) namun penetapan harga siling ini telah menghadkan pendapatan pengendali bas sekolah.
Penetapan harga siling bukanlah satu mekanisma yang sempurna, malah tidak mampu memberi penyelesaian ultimatum kepada kedua belah pihak iaitu pengendali dan golongan ibu bapa.