Sunday, February 21, 2016

RMHC Biaya Rawatan 350 Kanak-kanak Bibir Sumbing



Kisah mengenai Rumah Amal dan Kebajikan McDonald (RMHC) sudah pun perisik kongsikan sebelum ini. Rupanya selain menyediakan penginapan sementara pesakit kanak-kanak bersama keluarga di HUKM, RMHC turut menghulurkan bantuan rawatan kanak-kanak yang memiliki bibir sumbing.

Kita sedia maklum kesulitan dialami oleh kanak-kanak yang membesar dalam keadaan bibir sumbing. Mereka susah bertutur dan ini menganggu proses pembelajaran anak-anak ini. Ia sekaligus menjejaskan keyakinan diri kanak-kanak dalam berdepan dengan kawan-kawan sekolah. 

Rata-rata ibu bapa anak-anak ini tidak mampu untuk menangung kos rawatan bibir sumbing. Melihat kepada keadaan ini, McDonald's tampil dengan program rawatan pada tahun 2004. Sejak dari itu McDonald's telah menghulurkan bantuan sebanyak RM2 juta kepada 350 kanak-kanak sumbing! 

Usaha McDonald's ini tidak harus dipandang sepi oleh masyarakat! Adakala McDonald's melakukan kerja amal ini secara kecil-kecilan tanpa hebahan media besar-besaran kerana tidak mahu harapkan sebarang balasan. Program yang dikenali sebagai "Gift of Smile" ini telah terbukti berjaya membantu kanak-kanak dari keluarga berkemampuan.

Shakteesh, antara kanak-kanak yang telah menerima manfaat
program Gift of Smile dari McDonald's Malaysia

Rasanya ramai sudah bosan dengan hebahan palsu yang menuduh McDonald's dengan imej yang zalim terhadap kanak-kanak Palestine. Segala tohmahan sudah disanggah dan kini masanya untuk membuka mata warga Malaysia tentang apa yang telah dibuat oleh McDonald's kepada masyarakat kita.

Program rawatan bibir sumbing ini walaupun nampak kecil, tetapi ia memberi kesan besar kepada pembesaran kanak-kanak. Ibu bapa yang memliki anak bibir sumbing amat menghargai kewujudan program seperti ini. Mungkin ada ibu bapa yang tidak mengetahui mengenai program Gift of Smile ini. 

Untuk dapatkan penerangan lanjut mengenai pendaftaran, syarat-syarat dan lain-lain maklumat bolehlah ke laman web:  http://rmhc.org.my/causes/rm-gift-of-smile/

No comments:

Post a Comment