Friday, February 5, 2016

McDonald's Bantu Lebih 20,000 Kanak-kanak Malaysia!



Ya itulah jumlah kanak-kanak yang telah dibantu oleh McDonald's sepanjang 25 tahun melalui Rumah Amal dan Kebajikan McDonald (RMHC Malaysia). Selama ini kita disajikan oleh penipuan kelompok pemboikot dengan FITNAH mengatakan McDonald's punca pembunuhan kanak-kanak Palestine.

Hebahan FITNAH tersebut sedikit sebanyak telah mengaburi mata kita terhadap beratus-ratus kegiatan amal yang telah dilaksanakan McDonald's untuk warga cilik negara ini. 20,000 kanak-kanak telah menerima pelbagai manfaat seperti KESIHATAN, PENDIDIKAN dan KEBAJIKAN melalui RMHC. 

Mungkin ada dikalangan pembaca baru mengetahui mengenai perkara ini. Perisik sudah sudah pun jelaskan panjang lebar dan menyanggah penipuan pemboikot dalam siri penjelasan mengenai McDonald's sebelum ini. TIADA satu sen pun duit McDonald's disalurkan untuk kegiatan ketenteraan Israel menceroboh dan membunuh warga Palestine!

TIDAK! TIDAK! TIDAK! McDonald's TIADA Kaitan dengan semua itu!

Sudah acapkali diperjelaskan, ada pula yang tampil dengan hujah pelbagai teori konspirasi Yahudi-Israel dan lain-lain. Cerita konspirasi begini, sampai bila pun tak akan habis! Ia tiada beza dengan ciptaan teori konspirasi Senjata Pemusnah (WMD) yang dijadikan alasan menyerang Iraq! Kini dicipta pula teori konspirasi menyerang McDonald's!! Tak ke sewel namanya tu!

Walhal kerja amal McDonald's telah dibuat sejak lebih 25 tahun di Malaysia. Komplot memboikot McDonald's ini pula mula menjadi panas 7-10 tahun lepas sahaja. Macam mana McDonald's boleh terkait untuk diboikot! Semua ini kerana jajaan cerita reka konspirasi yang tak sudah-sudah!

Seperti perisik katakan, kalau berkonspirasi sampai bila pun tak habis. Jadi McDonald's tidak perlu tergugat dari terus melakukan usaha amal dengan konsisten walaupun dihembur dengan FITNAH kitar semula! 

Sempena ulang tahun ke-25 RMHC, McDonald's telah membuat beberapa penambahbaikan terhadap Rumah yang menjadi operasi RMHC. Rumah yang terletak di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras ini menjadi tempat penginapan sementara pesakit kanak-kanak bersama keluarga mereka sepanjang menjalani rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). 



Rumah penginapan sementara yang dilengkapi 19 buah bilik kelolaan RMHC ini telah mula diperkenalkan pada sejak tahun 1999 lagi. Sepanjang beroperasi seramai 600 buah keluarga telah mendapat manfaat dengan sumbangan RM4.5juta. 

Kebiasaannya bilik pesakit tampil dengan hiasan standad katil boleh laras, alas tilam putih, bau sabun berubat dan banyaklah yang membuatkan kita ingat Hospital dan Rumah Sakit. Tapi berbeza dengan rumah RMHC ini, suasana jauh sekali seperti rumah sakit. Dihiasi dengan warna ceria dan yang penting tak rasa macam dalam Hospital. Lihat sendiri kemudahan yang disediakan kepada pesakit kanak-kanak di rumah ini. 





No comments:

Post a Comment