Wednesday, May 30, 2018

Sejarah Hitam Terukir Apabila Negara Majoriti Islam Diperintah Kerajaan Majoriti Bukan Islam


Sudah menjangka perkara ini bakal berlaku. Bila melayu-Islam cuba ingatkan, kami dituduh rasis dan penghasut. Bila melayu-Islam cuba sedarkan, kami dituduh kolot dan cuba menakut-nakutkan.

Walhal gerakan bukan Islam ini telah mula berlaku sejak beberapa PRU lalu. Lebih garang usaha mereka selepas tsunami pertama yang membawa kepada 5 negeri jatuh ke tangan pakatan. Bukan mempertikaikan kemenangan. 

Tuesday, May 29, 2018

Batal projek mega HSR bagus untuk negara!


Keputusan Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir membatalkan projek keretapi laju yang menghubungkan antara Kuala Lumpur dengan Singapore adalah langkah tepat dalam mengurangkan hutang negara.

Hutang negara yang diumum RM680billion telah menokok kepada RM1trillion hanya untuk masa beberapa hari sahaja. Perkara ini mengejutkan ramai pihak terutama pelabur dalam dan luar negara. Kemudian angka hutang terbabit berjaya dikurangkan RM400billion dengan ajaib. Satu kejayaan luar biasa buat negara. 

Wednesday, May 16, 2018

SPAD Pengasas Permodenan Pengangkutan Awam Negara


Pelbagai perubahan dan penambahbaikan pengangkutan awam darat berlaku sejak penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 3 Jun 2010. Tertubuhnya SPAD ini adalah selepas Akta Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat 2010 pada bulan Mei 2010.

SPAD yang diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri telah berjaya merangka polisi, merancang dan mengawal selia pengangkutan awam darat seperti bas, teksi, rel dan kenderaan berat. SPAD juga menjadi fungsi pemudah cara antara pengendali dengan kerajaan serta hubungan antara kerajaan bagi membawa masuk teknologi kaitan pengangkutan awam darat.

Friday, May 4, 2018

Perkhidmatan Rel Ke SKYPARK Mula Beroperasi


Sebelum ini mod pengangkutan untuk kesana hanyalah bas, teksi atau kenderaan persendirian. Kini pengguna boleh menggunakan perkhidmatan rel sebagai pengangkutan alternatif untuk ke Terminal Skypark yakni Terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang Jaya. 

Buat masa ini perkhidmatan rel dari KL Sentral ke Subang Jaya ini akan beroperasi secara percuma selama sebulan. Sambutan pengguna adalah amat menggalakkan bagi merebut peluang merasai sendiri perkhidmatan tersebut.