Berikut ialah video Korporat MRSM Felda Kampus Tun Abdul Razak.
Friday, May 27, 2011
Iklan komersil FELDA
Di sini saya ingin berkongsi iklan TV mengenai FELDA yang dihasilkan oleh Chilli Pepper Film. Semoga video ini dapat memberi manfaat kepada pembacaa, terutama dari golongan peneroka dan keluarga.
Saturday, May 21, 2011
PENEROKA FELDA KENA TIPU DENGAN PEGUAM
Saya terbaca artikel yang ditulis dalam blog Dari Kedah ke KL semalam yang membongkar penipuan oleh peguam PAS yang mewakili peneroka Felda Kemahang 3 dalam kes menuntut saman dari FELDA.
Menurut blogger berkenaan, peguam-peguam PAS itu yang memenangi kes saman di Mahkamah Tinggi Kota Bharu kerana kesilapan teknikal apabila peguam yang mewakili FELDA tidak hadir, telah mengaut keuntungan daripada keputusan mahkamah berkenaan.
Difahamkan peguam-peguam berkenaan mendapat bayaran RM3.3 juta sementara "orang tengah" mendapat RM1.1 juta dan peneroka hanya menerima RM19 ribu seorang sahaja.
Mengapa ini terjadi dan siapa agaknya "orang tengah" berkenaan? Nak tahu cerita lanjut, baca cerita selanjutnya di sini
Iktibar yang kita boleh ambil dari cerita ini ialah, peneroka janganlah mudah terpedaya dengan janji manis golongan yang kononnya mahu membantu atau memperjuangkan hak mereka. Mereka berbuat begitu kerana ada udang di sebalik batu.
Jangan mudah percaya kepada orang yang berlagak sebagai wira, tetapi sebenarnya ada niat tersembunyi. Saya percaya, ramai yang boleh mengagak siapa "orang tengah" itu yang selama ini berlagak seperti wira memperjuangkan nasib peneroka. Sekarang ini sudah ternyata, dia adalah "musang berbulu ayam."
Semoga apa yang berlaku terhadap peneroka-peneroka di Felda Kemahang 3 ini dapat dijadikan pengajaran peneroka di seluruh negara. Jangan mudah percaya sangat dengan si "musang berbulu ayam" itu!
Monday, May 9, 2011
Felda Trading cari stokis produk kesihatan
Apa yang lazim dilihat ialah masyarakat tempatan lebih mengagungkan produk luar negara, padahal kita mempunyai produk tempatan yang sama taraf, atau kadangkala lebih baik. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Felda juga mempunyai produk makanan dan kesihatannya sendiri yang diusahakan dan dipasarkan oleh oleh Felda Trading Sdn Bhd.
Antara produk yang dikeluarkan ialah perencah makanan berjenama Slera, minuman berjenama Fresha serta produk kesihatan berasaskan herba Biofeld. Produk-produk ini boleh didapati di rangkaian pasaraya D’Mart di hampir kesemua kawasan Felda.
Malangnya ia sukar didapati di pasaraya tempatan. Felda Trading sepatutnya meletakkan produk ini di pasaraya tempatan popular seperti Giant atau Mydin, serta Hentian Puduraya dan Cheras yang sudah canggih sekarang.
“Produk-produk kami sama hebatnya dengan produk jenama lain. Produk kami lebih sedap dan lebih murah,” kata Pengurus Jenama Felda Trading, Baba Abdullah.
Menurut Baba, jenama Slera menyediakan Perencah Paprik, Beriana Arab, Kurma, Kerutuk Cik Banding dan Gulai Kawah. Sementara produk-produk Fresha ialah Kopi Campuran Herba, Teh Tulen Ceylon.
Di bawah Jenama BioFeld pula terdapat produk Cuka Madu, gabungan epal hijau dan madu asli. Ia berfungsi mengekalkan kesihatan, mencantikkan kulit dan membakar lemak. Kordial Kurma Habbatus Sauda pula boleh membantu menghaluskan kulit, mengatasi masalah sembelit, memberi tenaga kepada ibu mengandung dan baik untuk perkembangan otak bayi.
Produk Peria Ex Plus membantu mengurangkan kadar gula dalam darah serta kolestrol dan mengawal kencing manis. Hempedu Bumi Ex Plus yang mempunyai antioksidan, membersih darah, mencegah demam, batuk, selsema dan mengurangkan kencing manis.
Pesakit gout dan batu karang boleh mencuba Teh Misai Kucing. Sementara produk Ekstrak Lobak dapat menambahkan tenaga, menyegarkan badan dan mengurangkan tekanan Darah Tinggi.
Bagi penggemar kopi, mereka boleh mencuba Bio Café yang mengandungi lima jenis herba, iaitu Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Teja Lawang, Tebu Gajah dan Mengkudu Hitam. Menurut Baba, kopi campuran ini dapat merawat sengal tulang, gatal-gatal, cirit-birit dan sakit pinggang.
Kopi Kawe pula untuk meningkatkan tenaga lelaki serta membantu menyembuhkan kanser prostate, darah tinggi, kencing manis dan gout. Khusus untuk golongan hawa ialah Teh Cotet Mas yang mempunyai kandungan yang bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-flamantori.
Baba berkata, selain membantu warga peneroka, Felda Trading juga mahu membimbing masyarakat umum menjadi usahawan. Katanya, mereka yang berminat menjadi stokis untuk produk-produk berkenaan boleh datang ke Felda Trading Sdn Bhd di Tingkat 1, Blok F, Anjung Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur, atau menelefon 02-2694 6019 atau menghubunginya terus di 019-226 8306.
Subscribe to:
Posts (Atom)