Friday, January 31, 2014

CEO SPAD: Selaraskan Skop Operasi Semua Agensi Kaitan Pengangkutan!


Idea penyelarasan ini sebenarnya telah lama ditimbulkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Perkara ini sekali lagi dibangkitkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal yang melihat perlunya penstrukturan semula bagi menyelaras skop operasi kesemua agensi-agensi kaitan industri pengangkutan di negara ini.

Ini kerana, ramai yang masih terkeliru bidang kuasa atau fungsi setiap agensi sehinggakan baru-baru ini pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishamuddin sendiri boleh main terjah menyalahkan SPAD sebagai punca kemalangan bas di Genting Highlands yang berlaku pada 21 Ogos 2013.

Thursday, January 30, 2014

SPAD Hairan Dituduh Menjadi Punca Kemalangan Di Genting Highland

 

HAIRAN? Itu antara respon Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid mengenai kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan, DS Hishamuddin yang mengumumkan laporan jawatankuasa siasatan kemalangan bas meragut 37 nyawa di Genting Highlands.

Selepas tragedi tersebut (21 Ogos 2013). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin telah menggesa SPAD menubuhkan jawatankuasa siasatan. Mengikut akta, SPAD sememangnya punyai kuasa dalam pembentukan jawatankuasa bagi menyiasat punca kemalangan dan menganalisis kelemahan aspek keselamatan yang wujud.

Tuesday, January 28, 2014

Pengguna buat laporan bantu SPAD cekup teksi tak guna meter

 

Tindakan beginilah yang perlu dijadikan contoh kepada para pengguna perkhidmatan awam yang lain. Kalau ada pengendali perkhidmatan awam samada bas dan teksi melakukan kesalahan. Laporkan sahaja salah laku mereka kepada Aduan SPAD.

Baru-baru ini beberapa pengguna telah membuat aduan kepada pihak SPAD dengan melampirkan dua video melalui akaun Twitter @aduanSPAD. Dari bukti video tersebut, sudah membolehkan pihak SPAD melakukan siasatan sehingga pergantungan lesen dua pemandu teksi yang di dapati tidak menggunakan meter.

Monday, January 27, 2014

Nasihat Penganut Kristian Sarawak Kepada Kristian Songsang Di Semenanjung


Berikut adalah apa yang telah dikirimkan ke email saya dari seorang yang pernah beragama Kristian Katholik dan kini seorang Muslim dari Sarawak. Cukuplah namanya digelar sebagai APAI . Setiap perkataan yang ditulis tidak diedit atau ditokok tambah...

Di Sarawak perkataan Allah biasanya cuma merujuk kpd Godfather bukan Jesus Christ. Dlm bm disebut Allah Bapa. Gambar nie kalau Jesus merujuk sbg Allah bermakna mereka telah sesat dlm kristian itu sendiri.

Gereja Dilempar Molotov Cocktail!


Sejak tengahari semalam tersebar mengenai kain rentang yang mengguris hati umat Islam digantung di beberapa gereja di Pulau Pinang. Tidak diketahui siapa yang menggantungkannya. 

Perbuatan biadap terbabit dibalas pula dengan molotov cocktail yang dilempar ke salah sebuah gereja di Lebuh Farquhar yang menggantungkan sepanduk terbabit pada pukul 1:30 pagi tadi. Tidak diketahui juga siapa yang melemparnya.

Perhentian Bas Henti-Henti Dipindah Sementara



Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan bahawa hentian akhir perkhidmatan bas di beberapa lokasi akan dipindahkan sementara berkuatkuasa 18 Januari 2014 bagi mengurangkan kesesakan lalul lintas serta menjaga keselamatan pengguna pengangkutan awam bas.

Perhentian akhir bas yang terlibat ini akan dipindah sementara ke Hentian Akhir Bandar di Jalan Munshi Abdullah. Perhentian bas yang terlibat adalah:

Kempen Kesedaran & Pematuhan SPAD ICOP-SHE Dilancar!!


Baru-baru ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang di pengerusikan oleh Tan Sri Syed Hamid Albar telah melancarkan Kempen Kesedaran dan Pematuhan SPAD ICOP-SHE bagi memberi kesedaran kepada pengendali bas dan kenderaan barangan. Turut sama hadir dalam pelancaran tersebut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal.

Kempen ICOP-SHE atau Tata Amalan Industri Keselamatan dan Kesihatan ini digerakkan bagi mengingatkan para pengendali, walaupun teknologi terbaik dilengkapkan kepada kenderaan mereka.  Ianya tidak berguna jika sikap pemandunya sendiri tidak berdisplin serta gagal mematuhi keselamatan jalan raya. 

Saturday, January 25, 2014

MP Kapar Manivanan Pick up Slow!!! Ada Hati Nak Balun SPAD




Puak-puak pembangkang masih terus dengan penyakit lama memfitnah dan memutarbelit fakta serta mencedok separuh-separuh kenyataan yang diucapkan oleh pihak kerajaan. Terbaru Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid menjadi mangsa penyewelan maklumat oleh juak-juak pembangkang ni. Memang sewel dorang ni!

Dah tu si MP Kapar pun boleh ikut sewel cedok separuh-separuh maklumat tanpa meneliti dan memahami keseluruhan kenyataan yang disampaikan oleh Syed Hamid berkaitan isu tambang bas sekolah ini. Dengan mudah menuduh SPAD menutup sebelah mata dalam menangani kenaikan tambang ini.

Wednesday, January 22, 2014

Ibu Bapa Sanggup Bayar Tambang Pun Salah SPAD


Sejak sesi persekolahan bermula pada penghujung Disember 2013. Kita telah mendengar pelbagai rungutan di kalangan ibu bapa yang terpaksa membayar tambang bas sekolah yang tinggi. Akan tetapi semua rungutan itu tidak disertakan dengan tindakan susulan iaitu membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Ini penting bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengambil langkah penguatkuasaan yang sewajarnya terhadap pengendali Bas Sekolah yang mengenakan caj tambang mahal.

Wednesday, January 8, 2014

Pengusaha Bas Sekolah Tunjuk Langsi Terajang SPAD


Ramai kalangan ibu bapa mengeluh dengan tambang bas sekolah yang naik terlalu tinggi. Ibu bapa ni pula tiada pilihan lain, nak tak nak terpaksa menanggung azab membayar kadar tambang baharu yang dikenakan.

Kalau dulu tambang RM30-50 seorang, kini sudah meningkat menjadi RM50-80 seorang! Dari maklum balas yang perisik terima, ada juga bas sekolah mengenakan tambang melampau semahal RM100 seorang untuk jarak perjalanan dari rumah ke sekolah kurang dari 3km! Gilerr wei!