Thursday, August 21, 2014

Dua Bulan Kelihatan 27 Ogos ini??


Itu lah yang sedang hangat diperkatakan dalam laman social dan forum beberapa hari ini yang menyebut kita akan mampu melihat dua bulan pada 27 Ogos ini. Dari mana munculnya bulan yang kedua tu? Adakah ini benar berlaku? 

Dari dakwaan yang tersebar sejak 2003, fenomena ini berlaku kerana planet Marikh akan berada di kedudukan jarak 56 juta kilometer atau 35 juta batu iaitu jarak paling hampir dengan bumi berbanding sepanjang lebih 10ribu tahun ini.

Ini membuatkan planet Marikh kelihatan seakan bulan penuh pada tarikh dinyatakan tadi. Jika terlepas tarikh tersebut, fenomena ini dijadualkan akan berlaku lagi pada tahun 2287. Sejak tersebarnya kisah dua bulan ni, ada yang tak sabar-sabar menanti tibanya 27 Ogos untuk menyaksikan peristiwa luar biasa ni. Ya lah "dua biji bulan" tu. Kalau terlepas ni confirm tak berpeluang lagi.

Malangnya ianya tidak akan berlaku seperti diharapkan. Dari apa yang dimaklumkan, planet Marikh tidak akan berada hampir dengan bumi. Jika kedudukannya hampir seperti dinyatakan awal tadi, tidaklah akan kelihatan seperti dua bulan. Planet Marikh akan kelihatan seperti bintang-bintang lain cuma akan lebih terang dari kebiasaan.

Sejak kebelakangan ini, banyak betul berita-berita luar biasa mengenai alam semesta yang didakwa bakal berlaku. Sebelum ini jika anda ingat, kecoh satu dunia tentang fenomena tiga malam bumi bergelap. Bergelap tanpa ada siang selama tiga hari! Kesudahannya semua itu adalah rekaan semata-mata. Kisah tiga malam DI SINI.


No comments:

Post a Comment