Modul baharu PLKN 2.0 ini bakal bermula pada sesi pengambilan pelatih tidak lama lagi pada 26 Mac nanti. Sebelum ini satu testing plot telah dilakukan di Kem Latihan Princess Haliza di Sepang, Selangor bagi melihat keberkesanan modul baharu ini. Respon para peserta sukarela pada sesi testing plot itu amat positif kerana pengisian latihan bersesuaian bagi persediaan menghadapi cabaran dunia sebenar diluar sana.
Jadi kita ingin pula melihat perjalanan module PLKN 2.0 ini pada skala lebih besar pula yakni dengan anggaran penyertaan seramai 20,000 pelatih dari seluruh negara. Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Narrashid mengumumkan bahawa sebanyak 81 kem latihan akan terlibat dalam perlaksanaan modul baharu sepanjang lapan minggu nanti.
Perlaksanaan dalam skalar besar di bawah PLKN 2.0 ini hanya melibat satu pengambilan sahaja. Perancangan lanjut dapat dibuat lebih teliti bagi persediaan para pelatih dengan kemahiran bagi memasuki fasa kedua latihan!
Pada Fasa kedua, para pelatih akan diberi pendedahan kemahiran sektor kerjaya di agensi-agensi seperti Institut Latihan Perindustrian, Industri Kemahiran Belia Negara dan Institut Automotif Malaysia.
"Jangka masa latihan fasa kedua bergantung kepada jurusan yang diambil pelatih iaitu antara tiga sehingga 24 bulan. Ini akan membentuk generasi yang lebih holisitik, berjati diri, boleh bersaing dan mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik bila meninggalkan program ini nanti," kata Ehsanuddin.
Pendedahan ini lebih bertepatan bagi memastikan generasi khususnya yang telibat dalam latihan khidmat negara ini lebih siap siaga bagi melalui fasa kerjaya sekaligus meningkatkan kemampuan kendiri setiap para pelatih.
No comments:
Post a Comment