Friday, February 19, 2016

Insentif Untuk Pemandu Berhemah #MOT #TiongLai



Inisiatif ini merupakan satu pendekatan menarik untuk diterapkan. Selama ini kita hanya tahu cara mendisiplinkan pemandu adalah dengan mendenda atau saman terhadap pengguna yang culas mengikut undang-udang jalan raya. 

Akan datang Kementerian Pengangkutan bercadang menyediakan insentif khas kepada pemandu yang tidak melanggar peraturan jalan raya. Ia seperti satu bentuk penghargaan buat pemandu/pembonceng yang terus konsisten berhemah di jalan raya. Ia satu idea bernas yang patut direalisasikan.

Sebelum ini Kementerian Pengangkutan sedang merangka semula sistem demerit jalan raya (Kejara) dengan beberapa penambahbaikan. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu pelan insentif yang dalam perancangan ini diharap dapat memberi banyak manfaat kepada pengguna yang tidak melanggar peraturan.

“Contohnya dalam setahun pemandu tidak melanggar peraturan, lesennya akan dinaikkan kepada standard emas dan dua tahun tidak melanggar peraturan, dinaikkan pula kepada standard platinum.

“Dengan lesen standard emas, syarikat insurans mungkin boleh memberi premium yang lebih baik. Ini bermakna kerajaan bukan sahaja mengenakan penalti tetapi memberi insentif kepada pemandu yang tidak melanggar peraturan,” katanya dalam sidang akhbar selepas sambutan Tahun Baharu Cina bersama masyarakat Felda Lurah Bilut, semalam 18 Feb.

Bagi perisik, usaha yang dilakukan kerajaan dalam mengatasi statistik kemalangan jalan raya bukan lingin menghukum semata-mata, tapi turut mendidik dengan menggalakkan pengguna untuk berusaha melakukan kebaikan. Namun perlaksanaan pelan Insentif ini masih panjang kerana perlu kajian mendalam dan mengambil kira maklum balas pelbagai pihak pengguna dan pakar.

No comments:

Post a Comment