Wednesday, March 27, 2013

Lesen Individu: Rafizi Perasan Hebat Balun Najib


Dah ku cakap awal-awal, lu Rafizi elok menguak (MoO.MOo.Moo) dari berkata-kata. Tiap kali berkata-kata memang mengarut dan lintang pukang ikut nafsunya. Nafsu macam ini ke, hendak diijadikan bekalan bertanding di Parlimen Pandan? 

Si rafizi pondan ni cakap “Ini tandanya Najib tak ikhlas. Pemandu dipaksa beli kereta yang ditetapkan. Sepatutnya mereka diberi kebebasan untuk menggunakan apa saja kereta yang mereka mampu asalkan mematuhi peraturan”.

Nama pun pakatan haram, apa yang kerajaan buat semuanya tidak ikhlas di mata mereka. Tapi tang duit BR1M puak pembangkang boleh pulak pakat sebat terima dengan "ikhlas"...Ikhlas lah sangat dorang ni..

Dikata pula syarat Najib tu satu paksaan? Apa punya dol mamat ni, Najib hanya mengumumkan syarat,  bukannya mengeluarkan fatwa atau menjatuhkan hukum sehingga dianggap wajib. 

Usaha ini merupakan inisiatif penting bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi Malaysia yang sering mendapat reaksi negatif sehingga mencemarkan nama baik negara.

Oleh itu, idea penggunaan Proton Exora ini merupakan antara langkah awal ke arah mentransformasikan standad perkhidmatan teksi bajet di negara ini, yang sudah sekian lama begitu sinonim dengan kenderaan jenis kompak seperti Iswara, Saga, Wira dan Waja. 



Langkah ini diambil berikutan SPAD, menerima banyak respon di kalangan pengguna terutamanya pelancong asing yang mengadu bahawa teksi Malaysia terlalu kecil untuk kapasiti bagasi yang mereka bawa dan ruang tempat duduk pula sempit jika dilihat pada saiz badan serta jumlah penumpang.



Sehinggakan ada pelancong asing yang terpaksa pangku sebahagian bag mereka, kerana separuh ruang simpanan belakang sudah penuh dengan tangki NGV. SPAD turut melakukan kaji selidik dan mengambil kira maklum balas dari persatuan-persatuan teksi serta pengusaha teksi syarikat atau individu bagi mendapat gambaran lebih jelas. Perkara ini sudah diterangkan DI SINI .


Tangki NGV Yang Makan Banyak Ruang
Confirm Tak Muat  
Maka syarat ini, adalah bersesuaian memandangkan tujuan perlaksanaannya adalah untuk memperbaiki reputasi perkhidmatan awam terutama teksi Malaysia yang seringkali dikecam dengan pelbagai kritikan MEMALUKAN di blog dan forum.

Malah ada juga website antarabangsa diwujudkan khas bagi menyerang serta menghebahkan keburukan perkhidmatan teksi negara ini. Takkan Rafizi tutup mata pulak pasal ni?

“Bukan saja letak syarat merapu, malah Najib cuba berbai’ah pula dengan pemandu teksi, lepas terima lesen mesti undi BN, jelas di situ ia hanya umpan, tidak ada kepastian dari kerajaan bahawa pemberian itu akan menjadi dasar tetap,”. Karut Rafizi lagi.

Apa ko melalut, ini bukannya "bai'ah talak" macam PAS dah buat pada ahli/calon PRUnya. BACA SINI JUGAK

Kerana apa yang Najib ucapkan di PICC, putrajaya tempoh hari adalah sebagai peringatan kepada para pemandu teksi supaya BERSOPAN, BERAMANAH dan jangan lupa budi kerajaan. Celah mana pula timbul ayat "..MESTI Undi BN.." kat sini. Setiap peringatan najib yang disebut tadi disambut dengan gema laungan "BOLEH!" sebagai tanda setuju oleh 6,000 pemandu teksi. 

Rata-rata para pemandu teksi yang hadir berterima kasih kepada Najib kerana menunaikan janji dibuatnya pada Jun tahun lepas. Mereka turut menghargai keprihatinan kerajaan dengan perlaksanaan BR1M dan TR1Ma yang turut memanfaatkan mereka. Kini lesen individu pula mereka dapat. 

Para pemandu teksi kini, bertambah yakin dengan kemampuan SPAD, diterajui Tan Sri Syed Hamid yang terbukti memperjuangkan kebajikan mereka. Suara geram pemandu teksi lantang kedengaran mengatakan mereka SERIK dan tidak sanggup lagi terpengaruh dengan janji beracun pembangkang. 

Rakyat Malaysia sudah ragu-ragu akan ketelusan pembangkang melaksanakan janji. Adakah mereka benar-benar IKHLAS dalam membuat janji? Pembangkang juga tahu rakyat sedang marah atas kegagalan mereka memenuhi janji PRU12, maka janji baru PRU13 dibentuk dengan tergesa-gesa. Bukankah usaha mereka ini lebih nyata cubaan mengUMPAN pengundi?

Seronok menunding kesalahan orang, sehingga tidak sengaja menunjukkan kesilapan sendiri yang lebih besar! 

No comments:

Post a Comment