Tuesday, March 26, 2013

PAS Terima Sokongan Padu "Pengundi Hantu" Di Johor?


PAS dalam usaha kempennya begitu yakin bahawa mereka telah berjaya mendapat banyak undi di Johor. Jentera kempen mereka melalui ceramah dan memasang bendera di seluruh Malaysia telah mendatangkan hasil yang positif buat PAS terutamanya di negeri yang merupakan kubu kuat UMNO ini. Itu kata merekalah.

Mereka dakwa pula calon-calon BN sudah ketakutan dan tidak keruan dengan momentum sokongan pengundi di negeri Johor. 

Gambar bawah adalah antara bukti kempen pasang bendera yang dilakukan:

Adehh..agak-agaklah dorang ni. Sampai ke tanah perkuburan pun nak cari pengundi ke. Namun apa yang peliknya hasil kempen mereka terbukti menjadi apabila salah seorang bakal calon PRU13 mereka telah mula mendapat sokongan dari tempat mereka berkempen tu.


 
Tahniah diucapkan kepada kaki auta RAPID Pengerang, Anis Afida yang telah berjaya mendapat satu undi dari pengundi hantu. Beliau juga mengesahkan terdapat beberapa rakan lain turut menerima objek berupa simbol sokongan oleh pengundi hantu ni. 

Udah-udahlah wei..Nampaknya PAS dah mula menggunakan taktik kotor bagi meraih undi. Sekarang gambar-gambar posing maut bakal calon auta disamping batu nisan tertera namanya sedang sibuk dimainkan oleh mereka kononnya PAS Johor diugut!

Ini merupakan taktik licik dan kotor mereka bagi menanam persepsi kepada rakyat bahawa mereka dianiaya dan diancam. Cukup-cukuplah! Siapalah nak ugut anak kelahiran Terengganu ni. Tak ada faedah pun. Jelas ini satu lagi cubaan untuk mendapat undi simpati dan publisiti murahan.

Nak nampak legit. Minah ni buat jugaklah report polis.


Ntah-ntah perkara ni dibuat oleh kalangan peminat Black Metal yang menyokong PAS di Johor. Pernah juga perisik dengar perangai golongan tegar Black Metal ni yang sampai tidur dalam keranda dan simpan batu nisan di rumah. 


Jadi tak mustahil golongan begini yang berikan batu nisan tu, Ya lah sebagai cenderamata tanda sokongan dan ucapan tahniah kerana menjadi calon. 

Mungkin golongan Black Metal pun melihat PAS - Parti Ajaran Sesat yang mengkafirkan sesama Islam, merembat tabung anak yatim Memali serta mengeluarkan fatwa dan hukum ikut suka.

Golongan ini, tentu kecewa selepas mendapat tahu usaha murni mereka telah disalah ertikan oleh idola mereka ni.

Apa-apa pun! Rakyat dah masak dan muak dengan taktik kotor pembangkang dalam mendapatkan undi simpati macam ni. 

Tolak Pembangkang! Agama Bangsa Negara Selamat!

Perisik: Aku rasa golongan Black Metal ni pun tak tergamak nak makan duit anak yatim beb! Idola lah sangat!

No comments:

Post a Comment