Wednesday, March 13, 2013

Mr Mansuh Buat Sidang Media?


Seorang lelaki yang menyerupai watak animasi Mr Mansuh akan mengadakan sidang media di ibu pejabat PKR di Merchant Square hari ni.

Perisik dapati makin berlambak video-video Mr Mansuh di blog-blog dan youtube. Watak yang menyerupai Bang Non ni memang kena dengan manifesto PRU13 yang dicanang oleh puak pembangkang.

Memancing rakyat dengan percuma segala benda dan perkara:
  • Turun Harga Petrol
  • Mansuh PTPTN
  • Mansuh Tol Lebuh Raya
  • Mansuh Cukai kereta 
  • Mansuh FGVH
  • Mansuh MARA
  • Mansuh Lynas
  • Mansuh AES bla bla bla
Penganalisis ekonomi cakap kalau 3 perkara pertama dilaksanakan dah cukup membuatkan negara muflis dalam masa 2 tahun.

Biasalah puak pembangkang ni, pancing dulu dengan manifesto begini. Buat belum tentu!!

Sebab perkara ni mereka dah lakukan masa janji-janji PRU12. Rakyat yang mengundi mereka termakan dengan umpanan beracun untuk memberi itu dan ini. Sekarang rakyat merana. 

Rakyat nak tahu apa jadi dengan manifesto PRU12 yang tidak tertunai!?

Rasanya Pembangkang nak MANSUHKAN juga manifesto PRU12 sebab dah ada manifesto baru. BIOL dorang ni!!!

No comments:

Post a Comment