Thursday, March 14, 2013

Puak Tian Chua Bikin Kecoh Di Mahkamah


Tian Chua kini berada di Mahkamah Jalan Duta akan di dakwa bawah akta hasutan berkaitan isu Lahad Datu. Semalam berdegar-degar puak-puak mereka mengajak orang ramai untuk hadir memberi sokongan kepada beliau.

Lawaknya hanya sekitar 30 orang penyokong sahaja hadir, itu pun terdiri daripada tukang karut yang sama kita lihat dalam kebanyakan perhimpunan mereka.

Sebelum ke kamar mahkamah, Tian Chua serta para penyokongnya berkampung di ruang kafeteria. Ketika ini timbul pelbagai spekulasi dan provokasi oleh mereka apabila menyedari wartawan serta jurugambar semakin ramai di kafe.

Ia ekoran beberapa anggota pegawai polis bahagian siasatan cuba mengajak Tian Chua untuk ke balai polis aras bawah untuk diambil keterangan. Ini berikutan kertas siasatan telah dibuka selepas pelbagai pihak tampil membuat laporan polis terhadap si penggigit polis ni.

Cubaan polis tersebut telah menyebabkan Latheefa Koya serta beberapa tukang karut meroyan dengan memberi andaian kepada pihak media bahawa polis ingin menggari dan menyumbat si kaki gigit ni ke dalam lokap untuk disoal siasat.



Pihak media mendengar dakwaan itu mula sangsi kerana perkara tersebut tidak pernah berlaku selama mereka membuat beratus liputan di mahkamah. Maka semua media pergi berjumpa dengan pegawai tersebut yang masih berada di ruang kafe bagi mendapatkan penjelasan.

Pegawai tersebut menjelaskan bahawa dia hanya ingin mengambil keterangan Tian Chua dan beliau telah mengajak si kaki gigit ni dengan cara baik. Tapi si kaki gigit ni enggan memberi kerjasama.

Binawe mamat ni, baik punya pusing! polis nak ambil keterangan je bukan nak gigit ko. Tak pasal-pasal polis ni menjadi mangsa provokasi puak-puak ni.

Memang sejak dari dulu mereka tidak henti-henti cuba memburukkan pihak polis. Tak cukup dengan merosakkan kredabiliti polis digigitnya pula.

Buat masa ini, Tian Chua sedang berada di dalam kamar mahkamah sesyen jenayah 6, tingkat tiga. Nama hakim Yang Arif Hj Mohamed Sakeri B. Mamat. Timbalan Pendakwaraya, Yusaini Amer Abdul Karim.

Tian Chua pula ditemani peguambela Latheefa Koya dan N Surendran.

No comments:

Post a Comment