Wednesday, March 13, 2013

Lagi Anggota Terkorban Di Sabah


Seorang lagi wira negara kita tekorban dalam serang hendap di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di Sabah pada 10.45 pagi semalam.

Perisik difahamkan jenazah prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, tiba Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang pada 7.30 pagi tadi dan seterusnya di bawa pulang ke Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Prebet Ahmad Hurairah

Pertempuran yang berlaku semalam turut mengorbankan tiga pengganas. Setakat ini 9 anggota kita terbunuh dalam pertempuran mempertahankan tanah air.

Laporan lain diterima menyatakan terdapat seorang lagi anggota terkorban dalam kemalangan ketika menyertai Ops Daulat.

Angka kematian ini tidak sedikit pun melemahkan semangat juang para anggota kita yang ingin memastikan keselamatan anak kita, ibu bapa kita, adik beradik kita dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Tapi dalam keadaan begini, masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempolitik dan memperlekehkan kematian anggota dan tugasan polis-askar di Sabah. 

Rakyat kini sedang menyiga dengan kenyataan Tian Chua yang dengan bangga menuduh insiden ini sebagai Sandiwara Kerajaan. Samdol!

Di ikuti pula dengan kenyataan mengong beberapa individu 'bengap' yang menyamakan anggota kita sebagai 'anjing' yang mati sia-sia atau 'mati katak'. 
hasil didikan pembankang

Dalam ceramah mereka berkata pula:
"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu." 
Cakap lepas di atas pentas dan laman sosial memang mudah. Apa kata si bengap ini semua pergi berjumpa dengan ahli keluarga anggota terbunuh yang kini menjadi balu dan anak yatim? 


Cuba ulangi dengan melafazkan kata-kata atas pentas dan laman sosial twitter mereka secara berdepan pula. Konpem bekas jeneral pun boleh terhilang TELOR terketar-ketar nak cakap! 



Rakyat sekarang sudah jelak asyik mendengar dan melihat cemuhan terbuka oleh puak pembangkang terhadap pengorbanan anggota kita. Ada pun hanya segelintir  suara kerdil dalam pembangkang yang menunjukkan simpati melalui email. Tiada 'carry weight' kepada parti mereka. Mana pemimpin mereka?

Mereka patut MALU kerana sehingga hari ini tiada seorang pemimpin pembangkang bersemuka memberi penghormatan atau penghargaan kepada ahli keluarga anggota yang tekorban mempertahankan tanah air yang turut menjadi tempat tinggal puak-puak ini. 


-Takziah kepada ahli keluarga anggota yang terkorban-
-al-Fatihah-

No comments:

Post a Comment