Thursday, March 7, 2013

Tiada Gencatan Senjata!!


Itu keputusan yang tepat dilakukan oleh kerajaan dalam menghadapi penceroboh yang mengganas di Lahad Datu. Terbaru Jamalul Kiram III telah mengumumkan gencatan senjata sebelah pihaknya setelah gagal mendapat berita mengenai perkembangan askarnya di Sabah.

"TIDAK!" Itu jawapan balas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pengumuman Kiram. Keputusan ini telah pun dipanjangkan kepada Presiden Aquino di Filipina.


"Penceroboh perlu meletak senjata dan serah diri tanpa bersyarat" Tambah Najib. 



Setelah melakukan pencerobohan dan mencabul kedaulatan negara Malaysia barulah si Kiram ni nak guna kepala otak mencari penyelesaian. Kalau awal-awal guna otak menerima cadangan penyelesaian kerajaan, sudah pasti kehilangan nyawa di kedua-dua belah pihak dapat dielakkan. 

Malaysia dalam rundingan awal menggesa penceroboh keluar dari Sabah dan mengadakan dialog bagi mencari penyelesaian. Namun mereka berdegil dan enggan tunduk kepada gesaan tersebut. Sebaliknya memilih untuk mengangkat senjata dan memulakan pertumpahan darah.

Menggunakan strategi jijik mengibar "bendera putih" sebagai isyarat serah diri. Tetapi melepaskan tembakan sehingga meragut nyawa anggota komando Malaysia ketika menghampiri musuh yang mereka sangka ingin menyerah diri.

Bila pertempuran tidak memihak kepada mereka. Diumumkan pula "gencatan senjata". Apabila isyarat "bendera putih" dijadikan taktik kotor mereka untuk memerangkap unit keselamatan negara. Timbul persoalan dikalangan rakyat, sejauh mana kebenaran perlaksanaan "gencatan senjata" oleh askar penceroboh

Perisik dapati jika keputusan sebaliknya dipilih banyak keburukan bakal menjelma.

Maksud gencatan senjata adalah tempoh bertenang dari sebarang aktiviti ketenteraan kedua-dua belah pihak. Juga satu tempoh bagi kedua-dua belah pihak mencari jalan penyelesaian damai. Kebiasaanya ia hanya digunakan dalam situasi peperangan.


Keadaan rakyat di negara bergolak Sudan
Jangan keliru mengatakan kita sedang berperang. Kerana apabila sesebuah negara telibat dalam kancah peperangan. Secara umumnya ekonomi akan lumpuh. Segala perniagaan dan urusan harian akan terbantut di seluruh negara kerana keadaan darurat. 

Anda boleh buat carian sendiri melihat laporan ekonomi di negara-negara yang bergolak bagi melihat bagaimana erti serta kesan perang sebenar.



Jelas semua disebut tadi tidak berlaku dan sememangnya kerajaan berusaha memastikan konflik ini dibendung pantas tanpa menjejaskan negara. 

Apa yang paling dibimbangi adalah tempoh "gencatan senjata" ini juga merupakan satu peluang bagi musuh untuk memperkuatkan barisan tentera, menambah bekalan senjata dan mengatur strategi untuk serangan seterusnya.

Kita sudah lihat apa yang berlaku sebelum ini, membuktikan penceroboh tidak berkehendakan penyelesaian. Jadi apa lagi boleh diperkatakan kerana ruang kompromi tidak lagi wujud memandangkan ramai anggota keselamatan kita tekorban. 


Penceroboh hanya ada satu pilihan iaitu letak senjata dan serah diri.

Seperti mana insiden kumpulan ekstrimis Al-Maunah yang mengisytiharkan perang  terhadap YDP Agong pada 2 Julai 2000. Mereka ini telah serah diri dan kemudiannya dibicara. 




Sama juga apa yang bakal dilalui oleh penceroboh. Mereka akan dibicarakan di mahkamah mengikut peruntukan akta dan undang-undang yang ada di negara Malaysia. 

Jadi jangan pula ada yang mengatakan bahawa mereka ini adalah tawanan perang dan perlu di serah semula ke negara asal.

No comments:

Post a Comment