Hampir sedekad lalu kita dikejutkan dengan virus yang menjangkiti unggas yakni H1N1 yang mampu merebak kepada manusia. Kemunculan virus ini telah merubah struktur pengurusan ayam hidup syarikat-syarikat gergasi di seluruh dunia.
Ramai kurang faham soal penyakit yang ada pada ayam. Rata-rata penyakit yang dihidapi oleh ayam tidak memberi sebarang kesan buruk kepada badan manusia apabila dimakan. Namun semua itu tidak sama lagi selepas H1N1 dan DPDC juga sudah sedia dengan langkah-langkah bagi menangani isu wabak, isu persekitaran serta permasalahan lain yang mampu menjejaskan produktiviti syarikat.
Taklimat Pengarah Hal Ehwal Pembangunan Perniagaan & Korporat Malayan Flour Mills Berhad, Azhari Arshad |
Jika peratusan ayam yang sakit dikesan tinggi. Antara langkah drastik yang akan diambil oleh DPDC adalah dengan menghapuskan kesemua ayam yang ditempatkan di dalam reban terbabit serta merta. Walaupun boleh diubati, kosnya terlalu tinggi kerana penyakit yang dikesan pada satu-satu ayam selalunya sudah parah baru jelas nampak sakitnya.
Memang terkejut dengan langkah yang diambil, tapi bila dikaji semula kos operasi memang menjadi tinggi jika merawat. Sebab itu langkah penceggahan diperketatkan dari proses awal kemasukan ayam lagi. Struktur reban juga bukan perkara mudah kerana faktor aliran udara, suhu dan pengcahayaan dititik beratkan supaya ayam membesar dengan baik.
Turut Hadir Pengarah Urusan McDonald's Malaysia, Azmir Jaafar |
Dari tempat pembelaan ayam ke sektor pemprosesan dan penyembelihan. Hanya satu perkataan yang tepat iaitu CEREWET. Biasa perkataan ini dinilai negatif tetapi proses cerewet DPP dan DPDC inilah yang memastikan mutu keluaran produk mereka. Tiada ayam sakit dibekalkan kepada McDonald's dan paling penting ianya 100% HALAL.
Jom ke McDonald's!!
No comments:
Post a Comment