Saturday, April 9, 2016

Caj VEP Kenderaan Asing Dari Singapura Akan Dilaksana



Sepatutnya sudah lama dilaksanakan, akan tetapi pada peringkat awal perancangan sudah kedengaran suara-suara sumbang dari pakatan yang menentang. Apa yang pelik pihak negara jiran Singapura menyokong pula tindakan Malaysia ini.

Singapura sudah meraih kutipan beratus juta dolar dari caj VEP kenderaan Malaysia yang memasuki pulau terbabit. Sudah tiba masanya Malaysia mengambil langkah sama dalam mengenakan caj permit terhadap kenderaan asing dari Singapura.

Ini bukan soal untuk meraih keuntungan semata-mata. Ia antara langkah bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan kenderaan asing yang keluar masuk sempadan kedua belah negara. Salah laku pemilik kenderaan juga dapat dikesan dengan lebih efisien.

Menteri Pengankutan, DS Liow Tiong Lai memberitahu media bawaha caj permit masuk kenderaan (VEP) ini akan dilaksanakan dalam tahun ini, selepas beberapa penangguhan. Penanguhan ini adalah berikutan sudah perundangan dan teknikaliti sistem caj terbabit.

Pihak kementerian menjangkakan perlaksanaan VEP ini mampu menyelaraskan sistem lalu lintas di kedua-dua pintu masuk negara. Seperi dinyatakan sebelum ini, salah laku kenderaan asing tidak lagi terlepas begitu sahaja dari melakukan kesalahan.

Kerana sistem ini akan mengesan kenderaan yang melakukan kesalahan sebelum melepasi sempadan negara. Bermakna pemilik kenderaan asing perlu menjelaskan kompaun, denda atau saman yang diterima. 

Apa yang pasti, selepas perlaksanaan sistem ini akan timbul beberapa cabaran dan kelemahan. Kelemahan ini merupakan satu kebiasaan yang hanya boleh dikesan setelah sistem beroperasi. Cabaran utama berbanding Singapura, Malaysia perlu memastikan penyeragaman sistem kompaun/ saman bukan sahaja dipihak polis. Malah pihak penguatkuasa majlis daerah/perbandaran.

Apa-apa pun kita tunggu sistem ini beroperasi sepenuhnya, baru kita mula tangani kelemahan yang timbul selepas itu. 

No comments:

Post a Comment