Friday, April 15, 2016

Saman Pengusaha Bas Swasta Terhadap SPAD Di Tolak


Sejak penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ini semakin banyak transformasi pengangkutan berjaya diketangahkan. Tidak kurang juga yang mencemburui dengan gelojoh mencipta pelbagai tohmahan terhadap agensi ini.

SPAD bukanlah sebuah agensi yang sempurna, namun setiap teguran perlulah disampaikan dengan berhemah. Bukan dengan caci maki nista hingga menyentuh peribadi seseorang. Kaji dulu sebelum menyerang, takut kelak anda sendiri yang akan termalu

Baru-baru ini terdapat sebuah syarikat pengendali bas di Lembah Klang bertindak menyaman SPAD di atas perlaksanaan sistem pembelian tiket berpusat (CTS) di Terminat Bersepadu Selatan (TBS). Melihat tindakan ini seolah ada niat tersembunyi yang ada di atas tindakan si penyaman ini.

Perisik merasa ganjil dengan tindakan kelompok kecil yang tidak senang dengan CTS ini. Kerana lebih 70 syarikat pengendali lain tiada pula masalah menyertai sistem pembelian tiket berpusat ini. Apakah 70 syarikat laini ini buat kerja gila. ATAU kerja gila si penyaman terganggu dengan kehadiran CTS ini.

Pertama kita perlu faham mengapa sistem ini diperkenalkan! Rasanya bagi pengguna tegar perkhidmatan bas ekspres pasti tahu masalah yang sering dilalui. Ulat Tiket! Inilah masalah membelenggu di setiap hentian bas ekspres. Membeli tiket bukan di kaunter syarikat serta mengenakan harga tambang bas yang tidak masuk akal.

Ada juga yang mengadu yang ulat tiket ini bertindak samseng terhadap pengguna yang enggan membeli dari mereka. Malah beberapa operasi khas dilakukan SPAD, mendapat beberapa ulat tiket ditahan didapati positif dadah! Ini baru sebahagian masalah yang dilaporkan. Jadi satu langkah penyelesaian perlu diketangahkan.

Di sini CTS tampil! Pengguna tidak perlu berhadapan dengan ulat tiket, tidak perlu tertipu dengan harga mengarut, paling bagus tidak perlu ke kaunter khusus syarikat pengendali untuk membeli tiket. Bermakna dari satu skrin komputer pengguna sudah boleh memilih masa, syarikat bas dan tempat duduk yang dikehendaki. Ini sahaja sudah cukup menunjukkan kejayaan CTS ini dalam menyelesaikan masalah besar dalam urusan pembelian tiket bas ini.

Jadi bila difikirkan semua ini, apa asas syarikat bas swasta ini ingin menyaman SPAD. Kesudahannya Hakim Datuk John Louis O'Hara telah membuat keputusan bahawa pelaksanaan CTS tidak melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) Seksyen 15 dan 16.

Nampaknya syarikat yang cuba meneruskan tindakan saman ini tidak mengkaji dulu APAD serta gagal melihat manfaat yang tersirat. Bila tiada ulat tiket, tiada penipuan maka pengguna rasa lebih berbaloi dan gembira dengan perkhidmata. Bila maklum balas positif diterima, bukankah pengguna akan lebih kerap menggunakan perkhidmatan. Maka untung buat pengendali juga sebenarnya.

No comments:

Post a Comment