Perkara ini perlu, setelah melakukan kaji selidik diseluruh laluan dan mendapati terdapat kelemahan dalam sistem pengurusan sumber yang digunapakai sekarang. Seperti ada satu-satu laluan perkhidmatan sehingga dilalui oleh lebih 5 syarikat. Keadaan ini membawa kepada persaingan tidak perlu dikalangan syarikat pengendali.
Kek ekonomi di laluan tersebut menjadi terlalu kecil untuk syarikat-syarikat pengendali membuat keuntungan. Kesudahannya ada syarikat tidak dapat menampung kos operasi, kerugian dan ada gulung tikar. Berikutan itu, rombakan perlu dilakukan bagi mengelakkan pertindihan laluan di antara syarikat pengendali.
Perubahan sudah berjalan beberapa bulan ini dan ianya telah berjaya membantu syarikat pengendali bas henti-henti membuat keuntungan. Para pengguna juga memberi reaksi positif terhadap penyelarasan ini di mana kekerapan dan ketepatan bas semakin baik. Ini mengembalikan kepercayaan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan awam.
Namun ada terdapat syarikat pengendali yang gagal menepati piawaian mekanisme baharu ini. Gagal menepati masa, gagal menyediakan bas yang lebih selesa serta kekerapan bas juga tidak dipenuhi. Peluang sudah diberikan beberapa bulan, jadi kita tidak boleh membiarkan kelemahan ini terus menjadi barah.
Laluan yang dikesan bermasalah ini, membantutkan usaha kerajaan dalam memulihkan keyakinan pengguna terhadap perkhidmatan awam. Sehubungan itu, satu langkah pembaikan dilakukan pada kadar segera. Antara laluan terlibat dalam penyelarasan ini adalah seperti berikut:
No comments:
Post a Comment