Tuesday, April 19, 2016

Kisah Pengguna Cuba Nak Naik Teksi! Berakhir Naik UBER! Mengapa?!



Seorang pengguna tegar UBER dari Johor yang dikenali sebagai Hakim Ishraf tergerak untuk MENCUBA KEMBALI perkhidmatan teksi. Sudah sekian lama dengan UBER, harapan menggunung untuk memberi peluang kepada teksi semula. Kejadian di Skudai Parade selepas beliau tiba dari Kuala Lumpur telah membuatkan tanggapan buruk terhadap teksi tidak berubah sama sekali.

Setibanya ke Skudai Parade, beliau cuba mendapatkan perkhidmatan teksi untuk pulang ke rumah. Rata-rata pemandu teksi terus menyebut harga RM15 hingga RM20. Bila ditanya dengan baik, mengapa tidak gunakan meter? Agak-agaknya pemandu teksi akan akur ke bila ditanya begitu?

Ternyata pemandu-pemandu teksi di hentian terbabit tidak senang dengan soalan beliau dan berkeras dengan memberi seribu macam alasan. Antara alasannya perjalanan jauhlah dan tiada penumpang untuk kembali ke Skudai Parade. Selalunya pengguna akan mengalah dan menggunakan juga perkhidmatan teksi yang tidak menggunakan meter.

Tapi jangan lupa brader ni pengguna tegar UBER! Nampaknya pemandu-pemandu teksi tadi MENGSIA-SIAKAN peluang yang diberikan. Dah elok nak cuba balik naik teksi, beliau jadi bertambah menyampah dan terus menggunakan applikasi UBER. Tahu tak berapa tambang dikenakan UBER. Kurang dari RM5!!!!

Pemandu teksi kat luar tu sedar tak kesan buat perangai buruk macam ni! Ini baru seorang, perisik rasa banyak peluang telah dipersiakan oleh pemandu teksi sendiri. Tapi bila sudah tersepit dengan mudah menyalahkan kerajaan pula! Masih enggan mengaku kesilapan utama yang berpunca dari sikap sendiri.



Bagaimana rakyat hendak memberi peluang kepada perkhidmatan teksi jika masih ramai tidak mahu menggunakan meter, memilih penumpang dan mengenakan caj tak masuk akal. Perisik masih mencuba sebaik mungkin dalam mempertahankan industri teksi ini. Tapi apa yang berlaku adakala melelahkan.

Pengguna pula bila berhadapan dengan situasi seperti ini, sila laporkan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Dapatkan no pendaftaran, nama syarikat di sisi pintu teksi dan kalau boleh ambil seberapa banyak gambar lokasi serta hentian. Semua ini berguna bagi membuat pendakwaan terhadap pemandu teksi yang melanggar Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Untuk makluman sudah beratus pendakwaan, kompaun dan sita dibuat terhadap pemandu teksi yang degil ini. Jangan merasa ini tindakan hendak menutup periuk nasi, sedangkan mereka sendiri yang menjejaskan pendapatan pemandu teksi lain, kesan orang ramai yang semakin hilang kepercayaan menggunakan teksi. 

Aduan boleh dibuat di laman http://www.spad.gov.my/ms/hubungi-kami/maklumbalas Atau hubungi terus ke talian 1-800-88-SPAD (7723).

1 comment:

  1. memangla, kena ajar diaorang ni, ada ka dari rawang ke selayang tak pakai meter dia caj RM29, bapak gila mahal!

    ReplyDelete