Tuesday, April 19, 2016

Ecah Anak Angkat McDonald's


Insiden tragis yang berlaku terhadap  Nuraisyah Sahrin, 13 telah merubah kehidupannya serta merta. Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Sabak Bernam, Selangor ini menjadi mangsa kemalangan pada Januari lepas telah kehilangan kedua belah kakinya setelah digilis lori. 

Kejadian ini telah mendapat perhatian rakyat Malaysia yang bersimpati diatas musibah menimpa pelajar yang lebih dikenali dengan panggilan Ecah. Kini beliau meneruskan kehidupan sehariannya walaupun sukar pada kerana keadaan fizikalnya. Namun itu tidak mematahkan semangat Ecah, malah rakan-rakan sekolah dan guru-gurunya turut menyambut kehadiran Ecah ke sekolah setelah bercuti seketika. 


Keceriaan buat Ecah bertambah lagi apabila pihak McDonald's Malaysia (MY) turut tampil bertemu dengan Ecah dan telah menjadikan beliau sebagai anak angkat organisasi gergasi itu. Berita ini mendapat perhatian ramai pengamal media dan rata-rata mengucapkan kesyukuran di atas inisiatif McDonald's ini. 



Pelbagai bentuk bantuan sewajarnya akan disalurkan bagi memastikan masa depan Ecah terjamin. Peringkat awal ini pihak McDonald's MY menyediakan biasiswa RM5,000 buat Ecah sebagai keperluan pembelajaran dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5.

Selain itu, Ecah turut menerima wang tunai berjumlah RM2,000 serta buku-buku rujukan dan ulangkaji bernilai RM300. Baucar tunai McDonald's selama setahun bernilai RM400 turut disampaikan kepada Ecah. Ramai yang tersentuh dengan tragedi dilalui Ecah sebelum ini, tapi Ecah tampak kuat mengharungi kini dari hari ke sehari. 

Terima kasih kepada keluarganya, rakan-rakan sekolah, guru-guru serta McDonald's yang memberi dorongan semangat dan bantuan.

No comments:

Post a Comment