Thursday, March 5, 2015

Anwar Ke Parlimen Langgar Peraturan Penjara


Semalam satu surat sudah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Penjara Malaysia yang menolak permohonan untuk Anwar Ibrahim menghadiri persidangan Dewan Rakyat 9 Mac ini. Salinan surat tersebut sudah pun diterima oleh YDP Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Keputusan, tindakan serta langkah yang diambil oleh Jabatan Penjara adalah berasaskan ketetapan akta, peraturan dan prosedur penjara yang diguna pakai untuk menguruskan semua banduan. Tiada layanan istimewa diberikan kepada mana-mana banduan. 

Bermakna tiada keistimewaan akan diberikan kepada Anwar untuk senang-senang keluar masuk penjara bagi menghadiri sidang Parlimen. Kalau sorang banduan mendapat keistimewaan begini, selepas ini lebih ramai banduan akan pasang lawyer untuk tuntut keistimewaan hadir mesyuarat JKKK, PIBG atau Mesyuarat Agung mana-mana.

Puak pembangkang yang turut terima berita ini terus meroyan menuduh Jabatan Penjara tidak adil? Apa nak dihairankan, kalau keputusan tidak berpihak mereka, segala benda tok nenek disalahkannya. Kalau keputusan sebaliknya, mereka kata pula inilah kehendak tuhan yang membantu tegakkan kebenaran.

Hipokrit songsang! Sepatutnya dua-dua keputusan adalah kehendak tuhan. Inilah mainan pembangkang yang menggunakan agama pada satu sudut sahaja. Ramai pula macai yang terpengaruh dengan mainan agama pemimpin mereka, tanpa sedar yang hendak dipertahankan itu adalah si PELIWAT!

Adakah kelompok Islam yang menentang keputusan ini berdiri di tempat yang betul!? Sebab pendirian kelompok ini adalah untuk memperjuangkan hak si PELIWAT! Adakah mereka sedar implikasi membenarkan PESALAH LIWAT untuk diberi ruang bersidang dalam Parlimen?

Apa rakyat Malaysia dah hilang waras ke sampai terdesak nak angkat Anwar ke Parlimen. Cuba fikirkan Anwar yang seorang Penjenayah, Pesalah LIWAT dan seorang ISLAM untuk ke Parlimen? Nak tayangkan kepada dunia Banduan-Islam serta PELIWAT PERTAMA yang berjaya jejak kaki ke Parlimen!

Sejarah yang tidak sekali-sekali kita biarkan terpahat pada nama Islam dan Malaysia!  


BACA JUGA: Tahniah Malaysia! Banduan Pertama Hadir Sidang Parlimen!

No comments:

Post a Comment