Friday, March 27, 2015

DAP-PKR Terus Berbulu Dengan PAS


Kalau tengok gambaran atas. Patutlah DAP buat pengumuman tak masuk akal hanya memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan bukannya dengan parti PAS seluruhnya. Jika DAP-PKR putus hubungan dengan PAS, ada kemungkinan tampuk pemerintahan kerajaan negeri Selangor berubah tangan atau terbentuknnya kerajaan campuran. 

Keadaan pakatan pembangkang nampaknya semakin kucar kacir setelah PAS konsisten dengan pendirian melaksanakan hudud. Puak DAP dan PKR sudah sepakat dan sebulat suara menentang hudud yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan PAS Kelantan. 

Enakmen yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan oleh PAS telah mendapat sokongan majoriti Dewan termasuk UMNO. Hanya wakil Islam PKR Kelantan sahaja tidak menyokong. Mungkin dah kena warning bos gamaknya.

Kelulusan ini merupakan tamparan hebat buat DAP-PKR dan dua puak ini mula mendesak seolah-olah ingin menyingkirkan Presiden PAS. Perkara ini tidak mustahil memandangkan puak Anwarinas, Keldai DAP dan PASMA sudah wujud dikalangan ahli-ahli PAS sendiri. Kumpulan-kumpulan ini merupakan bom jangka yang tertanam di dalam PAS hanya menanti masa untuk meledak.

Rasanya ramai dapat mengagak siapa keldai yang cuba diangkat DAP sebagai pengganti Hadi. Individu tersebut pun memang diketahui rapat dengan DAP malah memegang jawatan di salah satu organisasi milik kerajaan negeri. Persoalannya adakah ledakan bom jangka ini mampu merubah struktur kepimpan PAS? Takkan ahli-ahli totok PAS senang-senang biarkan usaha kutu-kutu ni nak gulingkan presiden mereka?

Dari sudut lain, kepincangan ini juga bagai dibuat-buat. Kerana baru-baru ini sudah terdedah bahawa pemimpin DAP sendiri iaitu Lim Guan Eng sudah tandatangan perjanjian persefahaman bersama PAS. Pemimpin tertinggi MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Dr Wee Ka Siong menemplak DAP yang pura-pura tidak tahu menahu dengan matlamat PAS walhal sudah ada penjanjian sulit yang disorok dari pengundi cina.

Sekarang ini, pemimpin DAP bertungkus-lumus menafikan perkara tersebut memandangkan semakin ramai orang cina hilang kepercayaan kepada mereka. Jadi wayang menentang hudud dan pengumuman lawak putus hubungan dengan Hadi adalah antara strategi digunakan bagi memulihkan kepercayaan pengundi cina. 

Berapa banyak strategi lagi akan dibuat oleh DAP untuk mengalih perhatian pengundi cina dari kesilapan mereka sendiri? Bangkai yang disorok, lama-lama diketahui juga tempat letaknya. Setakat hari ini, tiada penjelasan konkrit diberikan Guan End dan Kit Siang berikutan surat perjanjian yang ditandatangan mereka.

Difahamkan ramai dikalangan ahli-ahli DAP sendiri terkejut dengan pendedahan ini dan mendesak pemimpin mereka memberi penjelasan segera. Mengapa perjanjian tersebut dibuat tanpa perbincangan bersama para ahli? Keputusan putus hubungan dengan Hadi juga turut mengelirukan serta payah untuk dijelaskan kepada pengundi cina . 

Bila menipu menjadi amalan dalam berkempen. Nantikan sahaja waktu untuk menerima padahnya. Mungkin inilah saatnya DAP menerima bala atas penipuan dan fitnah yang dilakukan selama ini. Sejauh mana DAP dapat terus bertahan dengan terus melakukan penipuan demi penipuan ini? Nak elak ditumbangkan tetapi tertumbang sendiri! 

No comments:

Post a Comment