Friday, March 20, 2015

Siapa Bangang Dalam UMNO Cuba Raih Publisiti Murahan Dengan Isu Tambang!?


Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah menempelak kewujudan blogger pro-kerajaan yang dalam masa sama turut sakan membalun kerajaan. Kononnya Friendly Fire. Kata mereka serangan dibuat ini adalah demi kebaikan Barisan Nasional. Walhal berlambak-lambak lagi isu lain berkaitan pembangkang yang boleh mereka serang. 

Adakah ini taktik untuk meraih publisiti murahan dalaman parti? Ke dah termimpi-mimpikan hendakkan jawatan tinggi? Ataupun cubaan untuk memancing dana dengan mengusik-usik kredabiliti organisasi atau individu yang mereka serang. Kesudahannya, blogger-blogger begini telah diklasifikasikan sebagai 'blogger bangang' oleh Najib dalam ucapan Perhimpunan Agung UMNO lepas. 

Kalau blogger pro-kerajaan yang menyerang kerajaan dipanggil bangang! Bagaimana pula hendak kita klasifikasikan individu atau entiti dalam UMNO sendiri yang menyerang kerajaan. Contoh seperti sekarang ini, selepas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikan tambang teksi dan bas ekspres. Tak semena-mena pula dua tiga "hero" UMNO yang tak kaji main tibai kritik keputusan SPAD ini.

Disalahkan alasan kenaikan tidak kukuh, terburu-buru dan tidak kena pada masa. Bila diperhatikan kepada cubaan dua tiga UMNO yang membalun ini, ternyata mereka ini tidak faham langsung apa yang sudah dilakukan oleh SPAD dan bagaimana keputusan tambang ini dibuat.

Mereka mempertikaikan bahawa alasan kenaikan kos bahan api, kos selenggara, kos alat ganti dan kenaikan kos-kos berkaitan pengangkutan awam sebagai alasan lemah untuk menaikkan tambang teksi dan bas ekspres. Kalau itu alasan lemah, buat apa kerajaan dok naikkan elaun-elaun kakitangan, pegawai, ahli parlimen dan pak menteri dengan menggunakan alasan sama. Masih merasakan kenaikan kos sebagai alasan lemah?!


Untuk pengetahuan, keputusan semakan/penyelarasan kadar tambang ini bukan dibuat semberono dalam 1-2 hari. Perlu ditegaskan bahawa SPAD telah melakukan kaji selidik serta mendapatkan maklum balas dari golongan sasaran yakni pengendali teksi dan pengguna selama lebih 2 tahun penyelidikan. Kalau dah dua tahun punya kajian, sudah tentu SPAD akan ambil kira faktor kos-kos yang dinyatakan tadi. Ini bukan kajian tangkap muat!

Jika SPAD ikutkan kehendak pengendali sahaja, kadar tambang yang dipinta sebenarnya jauh lebih tinggi dari diumumkan, namun SPAD tidak terlepas pandang sudut pengguna. Akhirnya satu keputusan berimbang berjaya dimuktamadkan agar kedua-dua belah pihak pengendali dan pengguna yang merupakan rakyat tidak terbeban.

Ada juga yang mengatakan bahawa kenaikan ini ada kena mengena dengan GST yang bakal dikuatkuasa 1hb April nanti. Jelas dangkal kenyataan mereka ini, kerana kerajaan awal-awal sudah mengumumkan beberapa produk dan perkhidmatan yang dikecualikan GST. Antaranya perkhidmatan bas awam, LRT, teksi dan kereta sewa. Bila tiada fakta lain mampu ditampilkan, kenyataan kebudak-budakan pula dimainkan. Dah termalu lah tu!


Selain itu, ada juga yang menghentam kerana tarikh pengumuman dan kuatkuasa tidak kena pada masanya dikala perlaksanaan GST semakin hampir. Hakikatnya tidak akan ada satu tarikh pun yang sesuai untuk mengumumkan kenaikan harga barang ni. Nak umum tahun lepas, bulan lepas, minggu lepas, semalam, esok, lusa, tahun depan atau mana-mana tarikh. Responnya tetap sama, iaitu rakyat mengeluh dan tidak puas hati.



Perlu diingatkan bahawa Suruhanjaya ini merupakan idea cetusan Najib Tun Razak dan telah diletakkan di bawah selian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Nancy Shukri. Oleh itu Tan Sri Syed Hamid selaku Pengerusi SPAD sudah pasti perlu membentangkan maklumat kepada dua pemimpin ini terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan. Jelas keputusan kenaikan bukan sewenang-wenangnya dikeluarkan oleh SPAD.



Jadi tindakan dua tiga orang yang terburu-buru menghentam dan menyerang SPAD ini, secara tidak sedar telah menyerang kedudukan Perdana Menteri, Najib Tun Razak. Syok serang nak tunjuk hero bela rakyatlah kot! hakikatnya SPAD sendiri telah turun bertemu rakyat terlebih dahulu dalam kajian selama beberapa tahun itu. Jangan sampai rakyat cakap pemimpin ni nak tunjuk hero ke nak tunjuk bangang.

Lebih menghairankan suara-suara sumbang ini hanya berani menyerang parti sendiri dan rakan komponen. Kalau yer nak tunjuk buat kerja pun, pergilah balun pembangkang tu. Buat apa balun dalam parti dan agensi kerajaan. Ke takut untuk bersuara dan menyerang banyak isu yang wujud di belah DAP, PKR, PAS. 

Tak payahlah nak bagi alasan bahawa ini adalah tujuan diversion sebab rakyat dan rakan-rakan dalam parti melihat sendiri bertapa sepinya suara sumbang ini dalam menyerang kredabiliti dan isu pembangkang. Mengapa? BACUL?!


5 comments:

  1. ampu lebeh nampakk...

    ReplyDelete
  2. Nak tunjuk pada para perwakilan yg mereka buat kerje. Pemilihan nanti bolehlah lobi jawatan tinggi. Hahaha

    ReplyDelete
  3. Tak sebut nama pun dah tau siapa orangnya! Dari gaya dan isu yang mereka mainkan sebelum-sebelum ni pun hanya terpilih. Memang sah publisiti murahan.

    Betul lah kot mereka ni dah start lobi untuk permilihan nanti.

    ReplyDelete
  4. Rumah sendiri nak roboh, atas bawah bocor - bangang sangat ler nak sebok dengan rumah orang lain.

    dulu sekolah kat mane? siapa guru awak?

    ReplyDelete
  5. Haha..dah kena tangguh..kena kong kali kong lah lu.

    ReplyDelete