Tak pasti pembangkang nak sampaikan berita gembira atau sedih buat rakyat dengan kenyataan ini. Sepatutnya pembangkang biarkan sahaja GST ini dijalankan. Bukankah itu yang pembangkang mahukan iaitu menumbangkan BN? Tapi sekarang macam hendak menyelamatkan BN dari jatuh.
Bila cakap pun dah berbelit-belit, tak sedar kenyataan yang diberikan itu sudah memakan diri. Hakikatnya pembangkang sudah tahu impak positif jangka panjang yang bakal diterima rakyat bila GST dikuatkuasa. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku kerana mereka khuatir sokongan rakyat akan meningkat terhadap kerajaan BN.
Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Ehsanuddin Narrashid tampil memberikan penjelasan sekaligus menyangkal segala tohmahan yang dilemparkan oleh puak pembangkang tentang GST.
Perkara pertama yang diterangkan adalah buat masa ini cukai SST yang kita guna pakai sekarang mengenakan kadar 10% + 6%. Bila GST berkuatkuasa hanya 6% cukai sahaja dikenakan. Jadi dari dua cukai menjadi satu!
“Di sini semua pihak akan dapat manfaatnya, baik dari segi peniaga akan mendapat keuntungan, pengguna dapat berbelanja dengan harga di bawah kawal manakala kerajaan akan mendapat sumber pendapatan daripada percukaian yang akhirnya cukai tersebut akan dinikmati oleh semua pihak” Jelas Ehsanuddin.
Point Ketiga penggunaan GST juga akan dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Malaysia memandangkan negara kita akan turut menyertai 160 negara lain mengenakan cukai yang sama. Limpahan pelabur ini sudah tentunya memberi kesan rangkaian positif yang lain seperti peluang pekerjaan dan kemasukan kepakaran bidang-bidang baharu.
“Ini bermakna cukai GST ini bertaraf antarabangsa kerana banyak negara luar yang telah menggunakan cukai tersebut lebih awal daripada kita" Tambah Ehsanuddin.
No comments:
Post a Comment